Thursday, October 15, 2009

Muqaddimah dan Pengenalan pengkajian

Bismillahirahmanirrahim, Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya maka kita dapat bersama-sama dalam pengkajian sirah ini dalam rangka bersama-sama kita menjadikan Sunnah Rasulullah sebagai ikutan dan pegangan dalam jalan Dakwah dan Tarbiyyah.

Dalam menjalankan kerja-kerja kearah pembaikan Ummah, kita seringkali terleka dan terlupa bahawa perjalanan dakwah dan Tarbiyyah kita adalah berlandaskan atas dua tonggak utama: Al-Quran dan As-Sunnah.

Al-Quran adalah Kalamullah yang terpenting, sekiranya hukum didalam Al-Quran telah jelas maka, kita tidak perlu lagi melihat kepada As-Sunnah, namun sekiranya hukum yang tersebut didalam Al-Quran tidak jelas maka, As-Sunnah menjadi tonggak yang terpenting dalam sesebuah hukum.

Sebagai seorang Daie/Daiah , kita mestilah meyakini jalan yang dilalui oleh Rasulullah adalah jalan yang terbaik dan jalan yang paling releven dipakai dalam menyelesaikan permasalahan Jahiliyyah yang berlaku sekarang.

Oleh itu, tidak ada cara lain dalam mengenali dan mempelajari jalan penyelesaian itu selain kita mengkaji Sirah Perjalanan Rasulullah itu sendiri.

لقد كان لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الآخر

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat .

– Al-ahzab : 21

TAJUK-TAJUK PERBAHASAN

InsyaAllah dalam pengkajian ini, kita akan merujuk kepada kitab yang ditulis oleh Allahyarham Dr Mustofa As-Sibaie dalam kitabnya yang bertajuk : السيرة النبوية , دروس و عبر keluaran DARUS-SALAM cetakkan kelapan : versi Arab.

Antara Tajuk-tajuk penting yang diperbahaskan ialah :

Muqaddimah Sirah Nabawiyah :

Bab 1 : Keistimewaan Sirah Rasulullah dan Faedah mempelajarinya

Bab 2 : Sandaran dan Rujukan

Kefahaman Sirah

Bab 3 : Kehidupan Rasulullah sebelum mendapat wahyu

Bab 4: Kehidupan Rasulullah selepas mendapat wahyu sehingga hijrah ke Habsyah

Bab 5: Kehidupan Rasulullah Selepas hijrah ke Habsyah sehingga bermula Hijrah ke Madinah

Bab 6: Kehidupan di Madinah

Bab 7: Peperangan yang di tempuhi

Bab 8: Penyebaran Islam ke negara-negara Arab selepas pembukaan Kota Mekah

Bab 9: Kehidupan Rasulullah selepas pembukaan kota Mekah sehingga Wafat

Bab 10: Keistimewaan Syariat Islam di Madinah

Bab 11: Akhlak dan peribadi Rasulullah

Bab 12: Kesan dirinya dan Risalah Islam yang dibawa kepada seluruh jagat

semoga pengkajian dan perkongsian Sirah ini akan memberikan kita kekuatan dan idea dalam menyelesaikan permasalahan Ummah yang berlaku sekarang .

Wallahu `alam,

Muhammad Syihabuddin Muhammad Yatim,
Universiti Al-Azhar ,damietta , Mesir

0 comments:

Post a Comment

Design by Al-Jazary Production ikuti perkembangan pemuda aljazary blogspot