ads 728x90 B

Revisi 1994: Bab 1 - Ar-Rahiq al-Makhtum

Panduan: 

Warna Biru: Penambahan
Garisan: Dibuang

Berikut kami nyatakan perubahan terbitan tahun 1976 dan 1994. Terbitan 1976 adalah terbitan yang popular digunakan dan diterjemahkan. Bahkan majoriti buku terjemahan ar-Rahiq al-Makhtum adalah daripada edisi 1976.

Pada tahun 1994, asy-Syeikh Sofiyurrahman telah menerbitkan karya terkini dengan pelbagai perubahan terhadap kitab beliau ar-Rahiq al-Makhtum.


Bab 1: Muqaddimah

Pada hakikatnya sirah nabawiah merupakan perbuatan yang jelas secara perkataan dan tindakan, bimbingan dan kelakuan, ia merubah pertimbangan hidup, perkara buruk ditukar kepada kkebaikan. dengan tempatdaripada risalah (ajaran) yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. kepada masyarakat. Dengan risalah ini, baginda mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya Islam serta membebaskan mereka daripada peribadatan kepada sesama hamba (makhluk) menuju peribadatan dan penghambaan hanya kepada Allah.

Sehingga garisan sejarah menjadi lurus serta berupaya merubah cara hidup di dalam kehidupan manusiawi.

Tidak mungkin dapat dihadirkan gambaran seperti itu melainkan setelah kita membuat perbandingan diantara suasana yang berlaku dan sesudah risalah kenabian ini. 

Maka, tidak mungkin dapat menggambarkan sirah nabawiah yang utuh dan menarik kecuali setelah membandingkan antara hal-hal yang menjadi latar belakang risalah tersebut dengan pengaruh yang ditimbulkannya.

Atas pertimbangan tersebut, perlu saya paparkan sedikit huraian tentang kaum-kaum yang terdapat dalam bangsa Arab berserta perkembangan yang terjadi kepada mereka sebelum kedatangan Islam.

Begitu juga akan dihuraikan tentang sejarah pemerintahan-pemerintahan, empayar-empayar serta sistem kehidupan kuno yang mendominasi ketika itu. Begitu juga tentang latar agama-agama, kepercayaan serta adat dan ikutan. Demikian juga keadaan politik, sosial serta ekonomi.

Kami telah khususkan setiap perkara tersebut di dalam bab ini. Demikianlah perinciannya.

Begitu juga tentang keadaan-keadaan yang menjadi latar belakang ketika Nabi Muhammad s.a.w. diangkat sebagai rasul.
Penambahan ayat, pembuangan ayat,
Bab 1: Pesona Tanah Arab

Daripada segi bahasa, “Arab” ertinya padang pasir, tanah gersang dan dataran tandus yang tidak ada air dan tumbuhan.

Perkataan “Arab” diertikan dengan padang pasir (الصحارى), tanah gersang (القفار) serta dataran tandus yang tidak ada air dan tumbuhan.

Perkataan “Arab” telah digunakan untuk menamakan jazirah tersebut sejak sejarah manusia yang paling awal. Perkataan tersebut juga disematkan kepada kaum yang mendiami dan menjadikan jazirah yang gersang itu sebagai tanah air mereka.

Di sisi barat, Semenanjung Arab bersempadan dengan Laut Merah dan Kepulauan Sinai. Di sebelah timur, bersempadan dengan Teluk Arab dan sebahagian besar dari Negeri Iraq di bahagian selatan.

Di selatan, ia dibatasi oleh Laut Arab yang merupakan sambungan dari Lautan Hindi, manakala di sebelah utara pula, sempadannya ialah Negeri Syam dan sebahagian Negeri Iraq. Disamping terdapat beberapa buah sempadan ini diperselisihkan oleh para pengkaji. Luas Semenanjung Arab adalah di antara sejuta hingga 1.3 juta batu persegi.

Semenanjung Arab dengan kedudukan semulajadi dan geografinya amat penting sebagai benteng yang kuat.

Jika dilihat dari dalam, Semenanjung Arab dikelilingi oleh padang pasir dari pelbagai sisi sehingga jazirah tersebut menjadi benteng kukuh yang sukar ditembus oleh bangsa asing yang hendak menjajah atau melebarkan sayap pemerintahan dan pengaruh sampai ke sana.

Oleh itu, tidak aneh apabila para penduduk Semenanjung Arab merupakan manusia yang merdeka dalam segala urusan sejak perjalanan sejarah mereka yang paling awal. Padahal ketika itu, mereka berjiran dengan dua buah empayar besar,  iaitu Rom dan Parsi yang jika bukan kerana benteng alam yang kukuh itu tadi, pasti mereka tidak akan mampu membendung serangan dua empayar tersebut.

Jika dilihat dari luar, Semenanjung Arab terletak di antara benua-benua yang telah dikenali sejak zaman dahulu. Bahkan, bertemu terus dengan benua-benua itu sama ada daratan mahupun lautannya. Sebelah barat laut Semenanjung Arab adalah pintu masuk ke Benua Afrika. Sisi timur lautnya adalah kunci menuju Benua Eropah. Sisi timurnya pula menjadi pintu masuk bagi bangsa-bangsa Ajam (bukan Arab),Demikian juga Asia Tengah, selatannya, dan tenggaranya. timur tengah, timur jauh, bahkan membentang terus sampai ke India dan China. Disebabkan lautan setiap benua bertemu dengan Semenanjung Arab, maka tidak hairanlah apabila kapal layar dan kapal api mereka sering berlabuh di pelabuhan yang berada di hujung Semenanjung Arab yang dekat dengan benua berkenaan.

Lantaran kedudukan geografinya yang strategik, sisi utara Semenanjung Arab dan sisi selatannya menjadi tempat persinggahan pelbagai bangsa perlindungan pelbagai orang. Juga menjadi pusat tempat tukar-menukar barangan perniagaan, kebudayaan, ajaran agama dan seni.
Perubahan lenggok penerangan.


Asal-Usul Bangsa Arab

Para ahli sejarah membahagikan bangsa Arab menjadi tiga kaum berdasarkan garis nasab keturunan mereka. Tiga kaum itu ialah:

1. Arab al-Baidah. Mereka merupakan rumpun Arab Kuno yang sejarah mereka tidak mungkin dijelaskan secara terperinci. Termasuk dalam rumpun ini adalah bangsa Ad, Samud, Tasam, Judais, `Imlaq, Umaim, Jurhum, Hadhur, Wabar, `Abil, Jasim, Hadramaut  dan lain-lain.
2.         Arab a-`Aribah. Mereka adalah anak keturunan Ya’rib bin Yasyjub bin Qahthan.Yasyjub bin Ya`rub bin Qahtan.  Mereka dinamakan juga dengan sebutan Arab al-Qahthaniyah.
3.         Arab a-Musta’ribah, iaitu kaum Arab yang merupakan anak keturunan Nabi Ismail. Mereka juga dinamakan dengan sebutan Arab Adnaniyah.
Penambahan fakta.


Arab al-`Aribah (Bangsa Arab Qahthaniyah)

Arab al`Aribah mereka ialah suku bangsa Qahthan yang berasal dari Negeri Yaman. Kabilah-kabilah dan anak cucu suku ini berkembang ini berkembang daripada anak Saba’ bin Yasyjub bin Ya`rab bin Qahtan. Telah popular daripada mereka dua kabilah iaitu Himyar bin Saba’ dan Kahlan bin Saba’. Manakala anak-anak Saba’ yang lain – mereka mewakili 11 atau 14 kelompok- telah digelar sebagai as-Saba’iyun, mereka tidak mempunyai kabilah lain selain Saba’.

(i) Kelompok yang paling popular dari Himyar ialah:
1-      Qudha`ah: antaranya ialah Bahra’, Bilayyun, al-Qain, Kalb, `Uzrah, dan Wabarah.
2-      As-Sakasik: Mereka ialah anak cucu Zaid bin Wailah bin Himyar. Zaid ini digelar as-Sakasik. Beliau bukanlah as-Sakasik Kindah daripada Bani Kahlan.
3-      Zaid al-Jumhur: Antara mereka Himsyar Kecil, Saba’ Kecil, Hadhur, dan Zu Asbah.

 menjadi beberapa kabilah dengan banyak. Dua kabilah yang terkenal, antaranya ialah:
1.         Kabilah Himyar terdiri daripada beberapa suku. Suku yang paling terkenal adalah suku Zaid al-Jumhur, suku Qudhaah dan suku Sakasik.
(ii) Kabilah Kahlan, sukunya yang paling dikenali adalah Hamdan, Alhan, Al-Asy`ar,  Anmar, Thaiy, Madzhaj Mazhij (antara mereka ialah `Ans dan an-Nakh`ie), Lakhmi (antara mereka: Kindah. Dalam kalangan Kindah pula ada Bani Mu`awiyah, as-Sukun dan as-Sakakik). Kindah, Lakham, Juzam, `Amilah, Khaulan, Ma`afir, Anmar (antara mereka ialah: Khas`am dan Bajilah/ dalam kalangan Bajilah pula ada Ahmas) al-Azd (di dalam al-Azd terdapat al-Aus, al-Khazraj, Khuza`ah dan keturunan Jafnah yang merupakan raja-raja Syam yang lebih dikenali sebagai penduduk Ghassan)

Seterusnya suku-suku daripada kabilah Kahlan berpindah meninggalkan Yaman sehingga mereka tersebar di segenap penjuru Semenanjung Arab. Dikatakan: Kebanyakan mereka mula berpindah sebelum terjadinya banjir besar (Sailul `Arim). Perpindahan mereka dilakukan ketika aktiviti perdagangan mereka gagal disebabkan tekanan dan penguasaan bangsa Rom terhadap laluan perdagangan laut serta akibat penutupan laluan darat setelah bangsa Rom itu menjajah Negeri Mesir dan Syam (Syria).

Dikatakan juga: Mereka berpindah setelah berlakunya banjir ketika musnahnya segala kawasan pertanian dan baka haiwan ternakan. Setelah perniagaan juga menjadi musnah. Mereka telah hilang semua jalan pendapatan. Perkara ini dikuatkan oleh al-Quran [Surah Saba’: 15-19).

Tidak menghairankan sekiranya terdapat sebab lain – selain dari apa yang telah kami nyatakan di atas – iaitu persaingan antara suku-suku Kahlan dan suku-suku Himyar yang diakhiri dengan pengusiran kabilah Kahlan (dari Yaman). Kemungkinan ini dibuktikan dengan fakta bahawa kabilah Himyar menetap di Yaman, sedangkan kabilah Kahlan berselerakan.

Kabilah Kahlan yang pergi meninggalkan Yaman dapat dibahagikan menjadi empat suku besar, iaitu:

1-      Al-Azd.
Perpindahan mereka diusulkan oleh para pemerintah dan pembesar mereka, Imran bin Amru Muzaiquba’ Muzaiqiya’. Mereka berjalan dan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dalam Negeri Yaman. Disebabkan kian terdesak, mereka mengirim pengintai jalan. Seterusnya, mereka menuju ke utara dan timur.

Setelah berjalan sekian lama, akhirnya mereka berpisah dan menetap di beberapa tempat.

# Imran bin `Amru sampai di Oman dan menetap bersama anak cucunya di sana. Merekalah kelompok Azd Oman.

# Bani Nasr bin al-Azd menetap di Tuhamah (Tihamah). Merekalah kelompok Azd Syanu’ah.

# Tsa’labah bin Amru Muzaiqiya’ berserta keluarganya berpisah daripada rombongan Azd dan membelok ke arah Hijaz. Mereka kemudian bermukim di sebuah wilayah yang terletak di antara Tsa’labiyah dan Dzi Qar. Tatkala anaknya, Haritsah bin Tsa’labah telah dewasa dan berbadan kuat, anaknya itu berjalan menuju ke Madinah, kemudian menetap bahkan menjadikan Madinah sebagai tanah airnya. Penerus garis keturunan Tsa’labah di Madinah antaranya adalah Aus dan Khazraj. Mereka berdua adalah anak Haritsah bin Tsa’labah.

#Haritsah bin Amru (Khuzaah) sedikit berbeza. Awalnya, ketika baru berpisah daripada rombongan Azd, dia dan keluarganya hanya berpindah dari satu tempat ke tempat lain dalam wilayah Hijaz tetapi kemudian mereka memutuskan untuk menetap di Murr al-Zahran. Seterusnya, mereka menakluk wilayah al-Haram, menetap di Mekah dan mengusir penduduk yang tinggal di sana, iaitu kaum al-Jarahimah (Jurhum).

Imran bin Amru bersama-sama keluarganya bergerak menuju ke Oman, menetap di sana, bahkan mengisytiharkannya sebagai tanah air mereka sehingga mereka dikenali dengan sebutan kaum Azd Oman.

Beberapa rombongan yang merupakan anak keturunan Nashr bin Azd memilih untuk bergerak ke Tihamah. Kemudian mereka disebut sebagai kaum Azd Syanuah.

Sedangkan Jafnah bin Amru dan keluarganya berjalan menuju ke Syam lalu menetap di sana. Dia digelar sebagai “Ayah Raja-raja kaum Ghassan”. Dinisbahkan kepada sebuah sumber mata air di Hijaz bernama Ghassan yang pernah mereka singgah terlebih dahulu sebelum masuk ke Syam.

#Kelompok-kelompok kecil di dalam suku ini bersama-sama menuju ke Hijaz dan Syam, seperti Ka`ab bin `Amru, al-Haris bin `Amru dan `Auf bin `Amru.

2-      Lakhm dan Juzam

Kedua, Lukham dan Judzam.
Mereka berpindah ke timur dan utara. Tokoh dalam kalangan orang Lakhm adalah Nasr bin Rabi`ah yang merupakan datuk nenek kepada Raja-raja Munazirah (Muntherids). Mereka menetap di wilayah Hira. setelah keluar dari Yaman.

3-      Bani Tayyi’

Ketiga, Bani Thaiy. Setelah kepergian Azd, Bani Thaiy berjalan ke arah utara hingga mereka berpecah menjadi dua kelompok yang masing-masing mendiami Gunung Uja dan Gunung Salma sehingga kedua-dua gunung tersebut disebut sebagai Gunung Kaum Tayyi’.

4-      Kindah

Keempat, Kindah. Setelah meninggalkan Yaman, mereka memilih untuk menetap di Bahrain. Disebabkan keadaan alam, mereka terpaksa berpindah ke Hadhramaut. Sayangnya, di sana mereka mengalami hal yang sama seperti di Bahrain. Mereka pun berpindah ke Najd dan menetap di sana. Di Najd, suku Kindah membangunkan sebuah pemerintahan yang mempunyai peranan yang besar, namun pengaruhnya cepat menghilang.

Ada satu suku lain daripada kabilah Himyar, iaitu Qudha`ah, para pengkaji berbeza pendapat tentang kesahihan penisbahan suku Qudha`ah kepada kabilah Himyar yang turut meninggalkan Yaman lalu menetap di sebuah tempat di dataran tinggi Iraq. Sebahagian yang lain pula menetap di dataran tingi Syam dan utara Hijaz. [1]
Penambahan fakta, perubahan struktur ayat, perubahan nama tempat,


Arab Al-Musta’ribah (Bangsa Arab Adnaniyah)

Nenek moyang suku bangsa Arab Al-Musta’ribah, iaitu Nabi Ibrahim berasal dari Negeri Iraq. Tepatnya, dari sebuah wilayah yang disebut orang dengan nama Ara Ur, yang terletak di tepi barat sungai Furat, berdekatan dengan Kufah. Pelbagai usaha penggalian dan penelitian telah dilakukan untuk menghimpunkan maklumat yang banyak dan terperinci tentang wilayah Ur tersebut, tentang keluarga Ibrahim dan juga tentang keadaan keagamaan dan kemasyarakatan yang berlangsung di negeri tersebut pada masa itu.

Sebagaimana yang diketahui, Nabi Ibrahim berhijrah meninggalkan Ara Ur ke suatu tempat bernama Haran (حاران) atau Harran (حَرَّان). Dari sana baginda berhijrah ke Palestin. Lantas, baginda menjadikan Palestin sebagai pangkalan dakwahnya. Tercatat bahawa baginda pernah melakukan perjalanan mengelilingi seluruh pelusuk Negeri Iraq dan lain-lain.

Suatu ketika, Nabi Ibrahim mengunjungi seorang pemimpin yang zalim daripada kalangan pemimpin-pemimpin yang zalim. Ketika itu dia bersama Sarah, isterinya. Beliau ialah wanita yang sangat baik. Pemerintah jahat itu Mesir. Firaun (gelaran untuk raja Mesir) yang memerintah Mesir ketika itu mencuba untuk melakukan suatu rancangan jahat agar boleh mengelabui dan meragut kesucian isteri Nabi Ibrahim, iaitu terhadap Sarah. Tetapi sarah memohon doa kepada Allah sehingga Namun begitu, Allah mengembalikan muslihat jahat itu ke leher Firaun  pemerintah itu sendiri. Maka, akhirnya Firaun si zalim itu pun tahu bahawa Sarah adalah seorang wanita yang solehah dan memiliki martabat yang tinggi di sisi  hubungan keimanan dan ketakwaan yang kuat kepada Allah. Sehingga, sebagai pengakuan keutamaan terhadap Sarah atau takutkan azab Allah, maka dia Firaun pun menghadiahkan puterinya, Hajar[2] untuk menjadi pembantu Sarah. Kemudian Sarah menghadiahkan Hajar kepada Ibrahim. Kemudian Hajar dinikahi oleh Nabi Ibrahim atas cadangan Sarah.[3]

Selepas itu, Ibrahim bersama Sarah dan Hajar pulang ke pusat dakwahnya di Palestin. Mereka dikurniakan anak daripada Hajar, yang diberikan nama Ismail. Sehingga ia menjadi sebab Sarah berasa cemburu sehingga dia memaksa Ibrahim untuk membawa Hajar berserta Ismail yang masih kecil menyusu pergi ke tempat yang jauh dari rumah mereka. Akhirnya Ibrahim membawa mereka berdua mereka datang ke wilayah Hijaz, namun Ibrahim telah meninggalkan isteri dan anaknya di lembah yang tidak ditumbuhi tumbuhan berdekatan Baitullah (Kaabah) yang mulia. Ketika itu, tempat tersebut hanyalah sebuah tanah tinggi seperti bukit kecil (الرابية). Jika ada banjir mendatangi tempat tersebut, maka air itu akan mengalir ke sisi kanan dan kirinya.

Nabi Ibrahim menempatkan anak dan isterinya di sebatang pokok besar di atas telaga zamzam di bahagian tertinggi bukit tersebut. Ketika itu Mekah tidak diduduki oleh seorang pun dan tidak ada air sedikit pun. Ibrahim membekalkan mereka dengan sekarung kecil kurma kering dan kantungan daripada kulit yang berisi air. Setelah itu Nabi Ibrahim pulang ke Palestin. Baru beberapa hari ibu dan anak itu ditinggalkan, bekalan kurma dan air telah habis. Atas kurnia Allah, maka terpancarlah mata air Zamzam di sana. Air itu memberi tenaga bagi mereka berdua untuk meneruskan hidup dan air itu masih terus memancar sehingga sekarang serta tidak pernah kering. Cerita yang lengkap dan panjang daripada kisah ini telah terkenal.[4]

Selepas itu, suatu kabilah dari Yaman - iaitu Jurhum Kedua -, mendatangi Mekah dan menjadi penduduk di sana atas izin daripada ibunda Ismail. Ada maklumat yang menyebutkan bahawa sebelum itu mereka telah mendiami lembah-lembah yang ada di pinggiran Mekah. Riwayat Imam al-Bukhari menegaskan bahawa mereka masuk ke Mekah setelah Ismail dan ibunya ada di sana, tepatnya sebelum Ismail menjadi pemuda. Sebelum itu juga, mereka sering melalui lembah Mekah tersebut.[5]

Secara berkala, Nabi Ibrahim beberapa kali menempuh perjalanan ke Mekah untuk menjenguk Hajar dan Ismail. Tidak diketahui secara pasti berapa kali perjalanan itu dilakukan. Pelbagai rujukan sejarah yang sahih telah merakamkan empat perjalanan yang muktamad.

1- Allah Taala menyebutkan dalam al-Quran bahawa dalam sebuah mimpi yang dialami oleh Nabi Ibrahim, Dia memperlihatkan kepada Ibrahim bahawasanya baginda sedang menyembelih Ismail. Nabi Ibrahim dengan ikhlas melaksanakan perintah tersebut. Sewaktu kedua-duanya berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya dengan pelipis menyentuh tanah [nyatalah kesabaran mereka]. Kami pun menyeru kepadanya, ‘Hai Ibrahim, engkau telah membenarkan mimpi itu. Sesungguhnya dengan cara seperti itu Kami akan memberi balasan bagi orang yang melakukan kebaikan. Sungguh ini benar-benar ujian yang menerangkan dengan jelas [tentang keikhlasan dan kesabaranmu].’ Lantas Kami tebus anak itu dengan seekor haiwan sembelihan yang besar. (As-Saffat: 103-107)

Dalam Bab Kejadian (Kitab Bible), disebutkan bahawa Nabi Ismail lebih tua 13 tahun berbanding dengan Nabi Ishak. Kisah di atas menyatakan bahawa peristiwa itu terjadi sebelum lahirnya Nabi Ishak kerana khabar gembira tentang Nabi Ishak disebutkan setelah dipaparkannya kisah di atas secara lengkap.

Kisah di atas, paling tidak mengandungi satu perjalanan sebelum Ismail menjadi pemuda. Namun, tiga perjalanan yang lain telah dinyatakan oleh Imam al-Bukhari dengan cukup panjang melalui riwayat Ibnu Abbas secara marfuk.[6] Ringkasnya adalah,

2- Tatkala Nabi Ismail mulai membesar dan belajar bahasa Arab daripada kabilah Jurhum, mereka gembira dan takjub dengan kepandaiannya, sehingga mereka menikahkannya dengan seorang wanita daripada kabilah mereka. Kemudian ibunya Hajar meninggal dunia. Setelah pernikahan itu Nabi Ibrahim pun datang menjenguk anaknya tetapi Ismail tidak ada di rumah. Maka, Nabi Ibrahim bertanya kepada isteri Nabi Ismail tentang khabar anaknya dan bagaimana keadaan hidup mereka berdua. Isteri Nabi Ismail mengeluh mengenai kesempitan hidup yang mereka jalani. Mendengar itu, Nabi Ibrahim berpesan kepada menantunya untuk memberitahu kepada Nabi Ismail agar menggantikan daun pintu rumahnya. Nabi Ismail faham apa yang dimaksudkan oleh ayahnya. Maka, dia menceraikan isterinya itu. Kemudian dia menikahi seorang wanita lain ( Dia ialah anak kepada Mudhodh bin `Amru, tokoh dan pembesar kabilah Jurhum menurut pendapat yang paling banyak.[7])

3- Setelah pernikahan Nabi Ismail yang kedua, Nabi Ibrahim datang lagi dan kali ini Nabi Ismail juga tidak ada di rumah. Nabi Ibrahim pun kembali ke Palestin setelah bertanya kepada isteri Nabi Ismail tentang khabar anaknya dan bagaimana keadaan hidup mereka berdua. Jawapan yang terucap daripada bibir isteri Nabi Ismail adalah pujian kepada Allah. Maka Nabi Ibrahim pun menitip pesanan untuk Nabi Ismail agar dia mengukuhkan daun pintunya.

4- Setelah itu Nabi Ibrahim datang lagi setelah beberapa lama. Untungnya, kali ini dia dapat menjumpai Nabi Ismail yang sedang meraut anak panahnya di bawah pohon besar berhampiran mata air Zamzam. Melihat ayahnya, Nabi Ismail terus berdiri menghampiri Nabi Ibrahim lalu mereka melakukan sepertimana layaknya seorang bapa kepada anaknya dan anak kepada bapanya.

Inilah pertemuan mereka setelah lama berpisah untuk waktu yang lama. Dalam tempoh masa perpisahan itu, sebagai seorang ayah yang lembut dan penyayang, sukar rasanya bagi Nabi Ibrahim menahan kerinduan untuk bersua dengan anaknya. Seperti itu juga yang dirasakan oleh Nabi Ismail selaku anak yang patuh dan soleh, rasa rindu untuk bertemu ayahnya telah lama bergejolak. Pada pertemuan ini, mereka berdua bekerjasama mendirikan Kaabah dan meninggikan tiang-tiangnya. Nabi Ibrahim juga mengizinkan manusia menunaikan haji ke Baitullah tersebut seperti yang Allah perintahkan kepadanya.[8]

Daripada isteri ini anak perempuan Mudhadh, Nabi Ismail dikurniakan oleh Allah 12 orang anak lelaki.[9] Mereka ialah Nabet Nabeet atau Benayouth Nebaioth, Qaidar, Adbail, Mibsyam, Misyma’, Duma, Misya, Hadad, Yetma Tema, Yathour, Nafis dan Qaiduman.

Daripada mereka ini seterusnya berkembang 12 kabilah yang semuanya menetap di Mekah untuk waktu yang lama. Sebahagian besar mereka bekerja sebagai pedagang dengan wilayah perdagangan yang membentang dari Negeri Yaman sampai ke Negeri Syam dan Mesir. Akhirnya, kabilah-kabilah ini tersebar ke seluruh pelusuk Semenanjung Arab, bahkan sampai ke luar Arab. Kewujudan kabilah-kabilah ini tidak dapat dikesan dan lenyap ditelan masa kecuali anak keturunan Nabeet dan Qaidar.

Peradaban Nabataean (الأنباط) -anak-anak keturunan Nabeet- berkembang pesat di sebelah utara Hijaz. Mereka mampu membentuk suatu pemerintahan yang kuat ibu negaranya ialah Petra – sebuah bandar kuno yang terkenal di selatan Jordan yang dipatuhi oleh semua orang yang ada di wilayah itu. Bahkan, dipatuhi pula oleh wilayah-wilayah sekitarnya. Mereka menjadikan Bathra’ sebagai ibu kota pemerintahan. Tidak ada bangsa mana pun yang mampu menakluk mereka hingga datangnya bangsa Rom menindas mereka.

Sekumpulan pengkaji daripada kalangan ahli ilmu keturunan telah cenderung menyatakan Setelah melakukan pengkajian yang serius dan penelitian yang mendalam, Sayyid Sulaiman al-Nadawy berkesimpulan bahawa Raja-raja Dinasti Ghassan serta orang Ansar yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj sebenarnya bukan berasal daripada suku bangsa Qahthan, tetapi berasal daripada anak-anak keturunan Nabeet bin Ismail. Dia juga berkesimpulan bahawa kaum Ghassan dan orang Ansar  serta sejak awal tinggal di wilayah tersebut .Hijaz, bukan datang dari Yaman.[10]

Anak-anak keturunan Qaidar bin Ismail menetap di Mekah. Mereka beranak-pinak di sana sehingga mendapat anak lelaki bernama Adnan yang mempunyai anak bernama Ma`ad. Daripada Adnan inilah garis keturunan suku bangsa Arab al-`Adnaniyah bermula dan tetap terjaga untuk masa-masa seterusya. Adnan, dalam salasilah nasab Nabi Muhammad s.a.w. adalah nenek moyang baginda yang ke 21 (jika dikira dari bawah ke atas).

Diriwayatkan bahawa apabila baginda menyebutkan nasab dirinya, baginda berhenti tatkala sampai pada nama Adnan dan tidak meneruskannya lagi. Di situ baginda berkata,

“Para ahli nasab banyak yang menyampaikan maklumat palsu (untuk salasilah-salasilah selepas Adnan).”

Oleh itu, janganlah kamu melepasinya.[11] Walaupun demikian, sekumpulan ulama berpendapat bahawa boleh meneruskan nasab Nabi sampai ke tahap seterusnya selepas Adnan kerana beranggapan hadis yang melarangnya adalah bersifat dhoif. Tetapi mereka berbeza pendapat pada bilangannya, ia adalah perbezaan pendapat yang tidak mungkin disatukan. Pengkaji agung al-`Allamah al-Qadhi Muhammad Sulaiman al-Mansurfuri telah cenderung kepada pendapat Ibnu Sa`ad – ia telah disebutkan oleh at-Tabary, al-Mas`udy dan lain-lain dalam beberapa pendapat – bahawa  Mereka menyatakan, “Berdasarkan pengkajian yang mendalam, sebenarnya antara Adnan dengan Nabi Ibrahim masih ada 40 lapis lagi.”[12] Akan dijelaskan nanti.

Anak Adnan, Maad, mempunyai anak lelaki bernama Nazar. Dikatakan bahawa Maad tidak mempunyai anak lagi selain Nazar. Sementara Nazar memiliki empat anak yang daripada mereka inilah berkembang empat kabilah besar daripada suku bangsa Adnan iaitu Iyad, Anmar, Rabiah dan Mudhar. Dua suku yang terakhir disebutkan merupakan kabilah yang mempunyai banyak suku dan tersebar di beberapa tempat.

Daripada Rabiah tumbuh suku Dhubai`ah dan Asad bin Rabiah, daripada Asad tumbuh suku `Anzah dan Jadilah, daripada Jadilah pula tumbuh kabilah yang banyak dan popular seperti Abdul Qais, An-Namir serta Bani dua anak Wail yang antara mereka: Bakar dan Taghlib. Daripada Bani Bakar wujudnya Bani Qais, Bani Syaiban, Bani Hanifah dan lain-lainnya.  Manakala `Anzarah pula lahir daripadanya keluarga Sa`ud yang menjadi pemerintah kerajaan Arab as-Suudiyah yang ada pada hari ini.  

Kabilah Mudhar pula berpecah menjadi dua suku besar iaitu Qais `Ailan bin Mudhar dan Ilyas bin Mudhar. Daripada Qais `Ailan, tumbuhlah suku-suku Bani Sulaim, Bani Hawazin, Bani Saqif, Bani Sa`sa`ah, dan Bani Ghathafan. Daripada Ghathafan berkembanglah suku-suku lebih kecil lagi iaitu `Abs, Zibyan, Asyja` dan Ghani bin A’shar.

Sementara daripada Ilyas bin Mudhar muncullah suku Tamim bin Murrah, Huzail bin Mudrikah, Bani Asad bin Khuzaimah serta anak-anak keturunan Kinanah bin Khuzaimah. Daripada Kinanah inilah berkembangnya suku bangsa Quraisy yang mana mereka adalah anak-anak keturunan Fihr bin Malik bin Nadhar bin Kinanah.

Setelah tampil menjadi suku bangsa, Quraisy bercabang menjadi beberapa kabilah. Antara yang terkenal ialah Jumah, Sahm, `Ady, Makhzum, Taimi, Zuhrah serta suku-suku keturunan Qusay bin Kilab iaitu Abdud Dar bin Qusay, Asad bin Abdul Ghani  `Uzza bin Qusay dan Abd Manaf bin Qusay.

·         Pembuangan nota kaki,
·          penambahan ayat dan fakta,
·         rujukan bagi sahih al-Bukhari ditukar kaedah. Digunakan kaedah nombor berbanding muka surat.
·         Perubahan struktur daripada bentuk karangan kepada bentuk point.
·         Penambahan nota kaki



Nabi Muhammad Berasal daripada Arab Musta’ribah

Abdul Manaf mempunyai empat orang anak iaitu Abdusy Syams, Naufal, al-Muthalib dan Hasyim. Anak-anak keturunan Hasyim inilah yang dipilih oleh Allah menjadi garis nasab Rasulullah s.a.w. iaitu Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim.[13]

Baginda bersabda, “Daripada Ibrahim Allah memilih Ismail, lalu daripada Ismail Allah memilih Kinanah. Daripada anak-anak keturunan Kinanah Allah memilih Quraisy, kemudian daripada Quraisy Allah memilih Bani Hasyim. Akhirnya, Allah memilihku daripada kalangan Bani Hasyim.”[14]

Al-`Abbas bin Abdul Muthalib juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk-makhluk lalu Dia menjadikanku sebagai makhluk yang terbaik (iaitu sebagai bangsa manusia), juga sebagai manusia terbaik antara dua bangsa manusia (Arab dan Ajam). Kemudian Allah mengurniakan keunggulan pada beberapa kabilah dan aku dijadikan sebagai sebahagian daripada kabilah yang paling baik (iaitu Quraisy). Allah juga memberi keunggulan pada beberapa buah keluarga dan aku dijadikan-Nya sebagai sebahagian daripada keluarga yang paling unggul di muka bumi. Maka secara keperibadian diri mahupun berdasarkan latar belakang keluarga, akulah manusia terbaik di muka bumi.”[15]

Di dalam lafaz yang lain daripada al-`Abbas: Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk lalu Dia menjadikan aku daripada kalangan kumpulan yang terbaik. Kemudian Dia ciptakan dua kumpulan lalu aku dijadikan berada pada kumpulan yang terbaik. Kemudian dia menjadikan daripada mereka beberapa kabilah lalu dijadikan aku berada di dalam kabilah yang terbaik. Kemudian dijadikan beberapa rumah kepada mereka dan aku dijadikan untuk berada di rumah yang terbaik dan menjadi manusia yang terbaik dalam kalangan mereka.[16]

Tatkala keturunan Adnan telah beranak-pinak menjadi banyak dan jumlah mereka terus bertambah, mereka memutuskan untuk berpisah-pisah ke seluruh Negeri Arab asalkan ada sumber air dan tanam-tanaman.

Abdul Qais, anak-anak keturunan Bakar bin Wail serta anak-anak keturunan Tamim berpindah ke Bahrain lalu menetap di sana. Sementara itu, anak-anak keturunan Hanifah bin Sha’b bin Aly bin Bakar keluar menuju ke Yamamah sehingga tiba di sebuah tempat bernama Hujr - salah satu daerah di wilayah Yamamah dan menetap di situ.

Semua anak-anak keturunan Bakar bin Wail menetap di sepanjang tanah yang membentang dari Yamamah hingga Bahrain. Bahkan, hingga ke Saif Kazimah hingga ke pinggir pantai. Itu bererti mencakupi hampir seluruh Iraq, Ablah dan Heyat.

Taghlib memilih untuk menetap di Semenanjung Furat, lalu ada antara anak-anak keturunannya yang kemudiannya bergabung dengan keturunan Bakar. Pada perkembangan seterusnya, anak-anak keturunan Tamim menetap di pelusuk Basrah.

Bani Sulaim memilih untuk menetap dekat Madinah, iaitu dari lembah Qura hingga Khaibar. Bahkan, terus berterusan hingga ke timur Madinah dan sempat mencapai sempadan “dua gunung” lalu berhenti di Hurrah.

Tsaqif menetap di Taif sedangkan Hawazin menetap di sebelah timur Mekah, tepatnya di Authas yang terletak di Jeddah iaitu di antara Mekah dan Basrah.

Bani Asad memilih untuk menetap di timur Taima’ dan barat Kufah. Di antara tempat yang mereka diami dengan Taima’ masih ada perkampungan Buhtur, tempat tinggal kaum Taiyyi’. Sedangkan di antara tempat yang mereka diami dengan Kufah boleh ditempuh dalam waktu perjalanan lima hari.

Dzibyan tinggal berdekatan Taima’ hingga ke Hauran. Anak-anak keturunan Kinanah tetap tinggal di Tihamah, bahkan anak-anak keturunan Quraisy mendiami jantung kota Mekah dan sekitarnya. Mereka hidup dengan mementingkan diri sendiri dan tidak disatukan oleh suatu ikatan apa pun hinggalah muncul Qusay bin Kilab sebagai tokoh yang paling menonjol antara mereka yang kemudian menyatukan mereka. Dia berjasa membentuk keutuhan persaudaraan mereka sehingga mereka menjadi kaum yang terhormat dan terselamat daripada lembah kehinaan.[17]






[1] Penjelasan terperinci mengenai suku dan kabilah ini dapat dilihat dalam Nasab Ma`ad wal Yaman al-Kabir, Jumharun Nasab, al-`Aqdul Farid, Qalaidul Juman, Nihayatul Arbi, Tarikh Ibnu Khaldun, Sabaikuz Zahab, serta buku-buku yang menyebutkan tentang keturunan yang lain. Jugapelbagai buku tentang sejarah bangsa Arab sebelum kedatangan Islam.  Berbagai-bagai sumber sejarah memperlihatkan perbezaan yang ketara dalam menetapkan sebab dan masa terjadinya perpindahan-perpindahan tersebut. Setelah mengamati dengan cermat semua itu daripada pelbagai perspektif, saya menyimpulkan bahawa maklumat yang benar menurut saya adalah sebagaimana yang tertulis dalam buku ini kerana terdapat landasan dalil yang kuat. WallahuA`lam bisawab.
[2] Secara popularnya telah dikenali bahawa si zalim itu ialah salah seorang firaun (raja tertinggi) daripada firaun-firaun di Mesir. Manakalan Hajar pula adalah hamba yang dimiliki oleh firaun berkenaan. Yang selama ini diketahui, Hajar adalah seorang hamba perempuan. Namun begitu, hasil penelitian penulis ternama al-‘Allamah al-Qadhy Muhammad Sulaiman al-Mansurfuri rahimahullah menyatakan bahawa Hajar adalah wanita merdeka, bahkan anak perempuan firaun. Perkara itu disandarkan kepada apa yang dapat diambil daripada para muhaqqiq daripada kalangan Ahli Kitab di dalam ulasan-ulasan terhadap suhuf mereka. Lihat Rahmah li al-‘Alamin karya Muhammad Sulaiman Salman al-Mansyurfuri, jil II, hlm. 34,36-37. Ibnu Khaldun berkata dalam keadaan dia menceritakan tentang perbualan antara Amru bin al-`As radhiyallahuanhu dan rakyat Mesir. Rakyat Mesir berkata kepadanya: Sesungguhnya Hajar adalah seorang isteri kepada salah seorang raja daripada raja-raja kami. Telah berlaku peperangan diantara kami dan rakyat `Ain Syams sehingga mereka mendapat sebahagian kerajaan. Mereka membunuh raja kemudian menjadikan Hajar sebagai hamba. Daripada sinilah ia pergi kepada bapa kamu Ibrahim. (Rujuk Tarikh Ibnu Khaldun: 2/1/77)
[3] Muhammad Sulaiman Salman al-Mansyurfuri, Rahmah li al-‘Alamin, jil II, hlm. 34. Untuk kisah yang lebih terperinci, sila lihat dalam Sahih al-Bukhari, jil I, hlm. 474. 2217, 2635, 3357, 5084, 6950.
[4]Sahih al-Bukhari, kitab “al-Anbiya”, jil I, hlm. 474-475. 3364, 3365
[5]Sahih al-Bukhari, jil I, hlm. 475. 3364
[6]Sahih al-Bukhari, jil I, hlm. 475-476.
[7] Fuad Hamzah, Qalb Jazirah al-‘Arab, hlm. 230.
[8] Lihat: Sahih al-Bukhari: Kitab al-Anbiya’ (3364 dan 3365)
[9] Fuad Hamzah, Qalb Jazirah al-‘Arab, hlm. 230.
[10] Sayyid Sulaiman al-Nadawy, Tarikh Ardh al-Quran, jil II, hlm. 78-86.
[11] Lihat Khulashah al-Siyar karya al-Thabary, jil II, hlm. 191-194 dan al-A‘lam karya Khairuddin al-Zarkaly, jil V, hlm. 6. Lihat Tarikh at-Tobary: 2/ 272-276
[12] Muhammad Sulaiman Salman al-Mansyurfuri, Rahmah li al-‘Alamin, jil II, hlm. 7-18. 
[13] Muhammad al-Khudhari, Muhadharat Tarikh al-Umam al-Islamiyah, jil I, hlm. 14-15.
[14]Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Wasilah bin al-Asqa‘, bab keutamaan nasab Nabi Muhammad, jil II, hlm. 245; juga Imam at-Tirmizi, jil II, hlm. 201. 4/1782, at-Tirmizi: Kitab al-Manaqib, Bab: Kelebihan Nabi SAW 5/544 (3605) dengan maknanya (3606).
[15]Diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi, bab keutamaan Nabi Muhammad, jil II, hlm. 201.
[16] Rujukan sebelum ini juga: 5/545 (3607, 3608)
[17] Muhammad al-Khudhari, Muhadharat Tarikh al-Umam al-Islamiyah, jil I, hlm. 15-16. Rujuk untuk maklumat lanjut: Jamharah Nasab, Nasab Ma`ad dan al-Yaman al-Kabir, Ansabul Quraisyiyin, Nihayatul Arbi, Qalaidul Juman, Sabaikuz Zahab dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Isi Kandungan Kajian