Allah ﷻ telah berfirman di dalam surah al-Ahzab, ayat 21,
لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ
ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ
وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا ٢١
21. Demi
sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik,
iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik)
hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam
masa susah dan senang)
[Al-Ahzab: 21]
Justeru itu,
telah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk mengikuti dan menjadikan Nabi SAW
sebagai pedoman dan teladan di dalam seluruh kehidupan. Tetapi, bagaimana kita
mampu menjadikan Nabi sebagai ikutan sedangkan kita tidak pernah mengetahui
sejarah hidup baginda?
Sirah Nabi ialah
segala apa yaang kita dapati daripada rekod para ulama tentang sesuatu
perkataan atau perbuatan atau pengakuan atau sifat yang disandarkan kepada Nabi
Muhammad SAW. Dengan mengetahui aspek-aspek tersebut, maka kita telah mengetahui
sirah Nabi.
Sebagai seorang
Muslim, mengikuti Nabi dalam segala aspek adalah suatu tuntutan. Kita tidak
boleh bercanggah dengan sunnah dan jalan kehidupan yang ditunjukkan Nabi SAW.
Apabila kita bercanggah dengan jalan hidup tersebut, maka kita tidak akan
menjadi orang yang diredhai Allah.
Allah berfirman:
وَٱلسَّٰبِقُونَ ٱلۡأَوَّلُونَ مِنَ
ٱلۡمُهَٰجِرِينَ وَٱلۡأَنصَارِ وَٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُم بِإِحۡسَٰنٖ رَّضِيَ
ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ وَأَعَدَّ لَهُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي تَحۡتَهَا
ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدٗاۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ١٠٠
100. Dan
orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan)
daripada orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan
orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan
taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia
menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
[At-Taubah: 100]
Bagaimana orang
yang mendakwa Salafiyyah tetapi tidak mengkaji sirah Nabi dan para sahabat
baginda? Tidak mengetahui bagaimana kesungguhan dan keazaman mereka dalam
memperjuangkan agama tercinta?
Di dalam kaedah
syarak ada menyebutkan:
إن ما لا يتم الواجب الا به فهو
واجب
Sesuatu yang tidak
sempurna melainkan dengannya maka ia juga wajib.
Para generassi awal
daripada kalangan para sahabat dan tabiin sangat mementingkan pengajian sirah,
justeru itu kita juga hendaklah memberi kepentingan yang utama dalam subjek
ini.
Al-Waqidi meriwayatkan
daripada Abdullah bin Umar bin Ali bin al-Husain berkata: Aku mendengar Ali bin
Al-Husain pernah berkata:
كنا نعلَّم أولادنا مغازي الرسول كما نعلمهم السورة من القرآن
Kami mengajar anak-anak
kami maghazi (sirah) Rasul SAW sepertimana kami mengajar mereka satu surah di
dalam al-Quran.[1]
No comments:
Post a Comment