Panduan:
Warna Biru: Penambahan
Garisan: Dibuang
Berikut kami nyatakan perubahan terbitan tahun 1976 dan 1994. Terbitan 1976 adalah terbitan yang popular digunakan dan diterjemahkan. Bahkan majoriti buku terjemahan ar-Rahiq al-Makhtum adalah daripada edisi 1976.
Pada tahun 1994, asy-Syeikh Sofiyurrahman telah menerbitkan karya terkini dengan pelbagai perubahan terhadap kitab beliau ar-Rahiq al-Makhtum.
[10] Sayyid Sulaiman al-Nadawy, Tarikh Ardh al-Quran,
jil II, hlm. 78-86.
Warna Biru: Penambahan
Berikut kami nyatakan perubahan terbitan tahun 1976 dan 1994. Terbitan 1976 adalah terbitan yang popular digunakan dan diterjemahkan. Bahkan majoriti buku terjemahan ar-Rahiq al-Makhtum adalah daripada edisi 1976.
Pada tahun 1994, asy-Syeikh Sofiyurrahman telah menerbitkan karya terkini dengan pelbagai perubahan terhadap kitab beliau ar-Rahiq al-Makhtum.
Bab
1: Muqaddimah
|
Pada
hakikatnya sirah nabawiah merupakan perbuatan yang
jelas secara perkataan dan tindakan, bimbingan dan kelakuan, ia merubah pertimbangan
hidup, perkara buruk ditukar kepada kkebaikan.
Sehingga garisan sejarah menjadi lurus serta berupaya merubah
cara hidup di dalam kehidupan manusiawi.
Tidak
mungkin dapat dihadirkan gambaran seperti itu melainkan setelah kita membuat
perbandingan diantara suasana yang berlaku dan sesudah risalah kenabian
ini.
Atas
pertimbangan tersebut, perlu saya paparkan sedikit huraian tentang kaum-kaum
yang terdapat dalam bangsa Arab berserta perkembangan yang terjadi kepada
mereka sebelum kedatangan Islam.
Begitu juga akan dihuraikan tentang sejarah pemerintahan-pemerintahan,
empayar-empayar serta sistem kehidupan kuno yang mendominasi ketika itu. Begitu juga tentang latar agama-agama, kepercayaan
serta adat dan ikutan. Demikian juga keadaan politik, sosial serta ekonomi.
Kami telah khususkan setiap perkara tersebut di dalam bab ini.
Demikianlah perinciannya.
|
Penambahan
ayat, pembuangan ayat,
|
|
Bab
1: Pesona Tanah Arab
|
Perkataan “Arab” diertikan dengan padang pasir (الصحارى), tanah
gersang (القفار) serta dataran tandus yang tidak ada air
dan tumbuhan.
Perkataan
“Arab” telah digunakan untuk menamakan jazirah tersebut sejak sejarah manusia
yang paling awal. Perkataan tersebut juga disematkan kepada kaum yang
mendiami dan menjadikan jazirah yang gersang itu sebagai tanah air mereka.
Di
sisi barat, Semenanjung Arab bersempadan dengan Laut Merah dan Kepulauan
Sinai. Di sebelah timur, bersempadan dengan Teluk Arab dan sebahagian
Di
selatan, ia dibatasi oleh Laut Arab yang merupakan sambungan dari Lautan
Hindi, manakala di sebelah utara pula, sempadannya ialah Negeri Syam dan
sebahagian Negeri Iraq. Disamping terdapat beberapa buah sempadan ini
diperselisihkan oleh para pengkaji. Luas Semenanjung Arab adalah di antara
sejuta hingga 1.3 juta batu persegi.
Semenanjung
Arab dengan kedudukan semulajadi dan
geografinya amat penting sebagai benteng yang kuat.
Jika
dilihat dari dalam, Semenanjung Arab dikelilingi oleh padang pasir dari
pelbagai sisi sehingga jazirah tersebut menjadi benteng kukuh yang sukar
ditembus oleh bangsa asing yang hendak menjajah atau melebarkan sayap
pemerintahan dan pengaruh sampai ke sana.
Oleh
itu, tidak aneh apabila para penduduk Semenanjung Arab merupakan manusia yang
merdeka dalam segala urusan sejak perjalanan sejarah mereka yang paling awal.
Padahal ketika itu, mereka berjiran dengan dua buah empayar besar, iaitu Rom dan Parsi yang jika bukan kerana
benteng alam yang kukuh itu tadi, pasti mereka tidak akan mampu membendung
serangan dua empayar tersebut.
Jika
dilihat dari luar, Semenanjung Arab terletak di antara benua-benua yang telah
dikenali sejak zaman dahulu. Bahkan, bertemu terus dengan benua-benua itu
sama ada daratan mahupun lautannya. Sebelah barat laut Semenanjung Arab
adalah pintu masuk ke Benua Afrika. Sisi timur lautnya adalah kunci menuju
Benua Eropah. Sisi timurnya pula menjadi pintu masuk bagi bangsa-bangsa Ajam
(bukan Arab),Demikian juga Asia Tengah, selatannya, dan tenggaranya.
Lantaran
kedudukan geografinya yang strategik, sisi utara Semenanjung Arab dan sisi
selatannya menjadi tempat
|
Perubahan
lenggok penerangan.
|
|
Asal-Usul
Bangsa Arab
Para
ahli sejarah membahagikan bangsa Arab menjadi tiga kaum berdasarkan garis
nasab keturunan mereka. Tiga kaum itu ialah:
1.
Arab al-Baidah. Mereka merupakan rumpun Arab Kuno yang sejarah mereka tidak
mungkin dijelaskan secara terperinci. Termasuk dalam rumpun ini adalah bangsa
Ad, Samud, Tasam, Judais, `Imlaq, Umaim, Jurhum,
Hadhur, Wabar, `Abil, Jasim, Hadramaut dan lain-lain.
2. Arab a-`Aribah. Mereka adalah anak
keturunan
3. Arab a-Musta’ribah, iaitu kaum Arab
yang merupakan anak keturunan Nabi Ismail. Mereka juga dinamakan dengan
sebutan Arab Adnaniyah.
|
Penambahan
fakta.
|
||
Arab
al-`Aribah (Bangsa Arab Qahthaniyah)
Arab
al`Aribah mereka ialah suku bangsa Qahthan
yang berasal dari Negeri Yaman. Kabilah-kabilah
dan anak cucu suku ini berkembang ini berkembang daripada anak Saba’ bin
Yasyjub bin Ya`rab bin Qahtan. Telah popular daripada mereka dua kabilah
iaitu Himyar bin Saba’ dan Kahlan bin Saba’. Manakala anak-anak Saba’ yang
lain – mereka mewakili 11 atau 14 kelompok- telah digelar sebagai
as-Saba’iyun, mereka tidak mempunyai kabilah lain selain Saba’.
(i) Kelompok yang paling popular dari Himyar ialah:
1- Qudha`ah: antaranya ialah Bahra’, Bilayyun,
al-Qain, Kalb, `Uzrah, dan Wabarah.
2- As-Sakasik: Mereka ialah anak cucu Zaid bin Wailah
bin Himyar. Zaid ini digelar as-Sakasik. Beliau bukanlah as-Sakasik Kindah
daripada Bani Kahlan.
3- Zaid al-Jumhur: Antara mereka Himsyar Kecil, Saba’
Kecil, Hadhur, dan Zu Asbah.
(ii)
Kabilah Kahlan, sukunya yang paling dikenali adalah Hamdan, Alhan, Al-Asy`ar,
Seterusnya
suku-suku daripada kabilah Kahlan berpindah meninggalkan Yaman sehingga
mereka tersebar di segenap penjuru Semenanjung Arab. Dikatakan:
Kebanyakan mereka mula berpindah sebelum terjadinya banjir besar
(Sailul `Arim). Perpindahan mereka dilakukan ketika aktiviti perdagangan
mereka gagal disebabkan tekanan dan penguasaan bangsa Rom terhadap laluan
perdagangan laut serta akibat penutupan laluan darat setelah bangsa Rom itu menjajah
Negeri Mesir dan Syam (Syria).
Dikatakan juga: Mereka berpindah setelah berlakunya banjir ketika
musnahnya segala kawasan pertanian dan baka haiwan ternakan. Setelah
perniagaan juga menjadi musnah. Mereka telah hilang semua jalan pendapatan.
Perkara ini dikuatkan oleh al-Quran [Surah Saba’: 15-19).
Tidak
menghairankan sekiranya terdapat sebab lain – selain
dari apa yang telah kami nyatakan di atas – iaitu persaingan antara
suku-suku Kahlan dan suku-suku Himyar yang diakhiri dengan pengusiran kabilah
Kahlan (dari Yaman). Kemungkinan ini dibuktikan dengan fakta bahawa kabilah
Himyar menetap di Yaman, sedangkan kabilah Kahlan berselerakan.
Kabilah
Kahlan yang pergi meninggalkan Yaman dapat dibahagikan menjadi empat suku
besar, iaitu:
1-
Al-Azd.
Perpindahan
mereka diusulkan oleh para pemerintah dan pembesar mereka, Imran bin Amru
Setelah
berjalan sekian lama, akhirnya mereka berpisah dan menetap di beberapa
tempat.
# Imran bin `Amru sampai di Oman dan menetap bersama anak cucunya
di sana. Merekalah kelompok Azd Oman.
# Bani Nasr bin al-Azd menetap di Tuhamah (Tihamah). Merekalah
kelompok Azd Syanu’ah.
# Tsa’labah bin Amru Muzaiqiya’
#Haritsah bin Amru (Khuzaah)
sedikit berbeza. Awalnya, ketika baru berpisah daripada rombongan Azd, dia
dan keluarganya hanya berpindah dari satu tempat ke tempat lain dalam wilayah
Hijaz tetapi kemudian mereka memutuskan untuk menetap di Murr al-Zahran.
Seterusnya, mereka menakluk wilayah al-Haram, menetap di Mekah dan mengusir
penduduk yang tinggal di sana, iaitu kaum al-Jarahimah (Jurhum).
Sedangkan
Jafnah bin Amru dan keluarganya berjalan menuju ke Syam lalu menetap di sana.
Dia digelar sebagai “Ayah Raja-raja kaum Ghassan”. Dinisbahkan kepada sebuah
sumber mata air di Hijaz bernama Ghassan yang pernah mereka singgah terlebih
dahulu sebelum masuk ke Syam.
#Kelompok-kelompok kecil di dalam suku ini bersama-sama menuju ke
Hijaz dan Syam, seperti Ka`ab bin `Amru, al-Haris bin `Amru dan `Auf bin
`Amru.
2- Lakhm dan Juzam
Mereka berpindah ke timur dan utara. Tokoh
dalam kalangan orang Lakhm adalah Nasr bin Rabi`ah yang merupakan datuk nenek
kepada Raja-raja Munazirah (Muntherids). Mereka
menetap di wilayah Hira.
3- Bani Tayyi’
4- Kindah
Ada
satu suku lain daripada kabilah Himyar, iaitu Qudha`ah, para pengkaji berbeza
pendapat tentang kesahihan penisbahan suku Qudha`ah kepada kabilah Himyar
yang turut meninggalkan Yaman lalu menetap di sebuah tempat di dataran tinggi
Iraq. Sebahagian yang lain pula menetap di dataran
tingi Syam dan utara Hijaz. [1]
|
Penambahan
fakta, perubahan struktur ayat, perubahan nama tempat,
|
||
Arab Al-Musta’ribah (Bangsa Arab Adnaniyah)
Nenek moyang suku bangsa Arab Al-Musta’ribah, iaitu Nabi Ibrahim berasal
dari Negeri Iraq. Tepatnya, dari sebuah wilayah yang disebut orang dengan
nama
Sebagaimana yang diketahui, Nabi Ibrahim berhijrah meninggalkan
Suatu ketika, Nabi Ibrahim mengunjungi seorang
pemimpin yang zalim daripada kalangan pemimpin-pemimpin yang zalim. Ketika
itu dia bersama Sarah, isterinya. Beliau ialah wanita yang sangat baik.
Pemerintah jahat itu
Selepas itu, Ibrahim bersama Sarah dan Hajar pulang ke pusat dakwahnya di Palestin. Mereka dikurniakan
anak daripada Hajar, yang diberikan nama Ismail. Sehingga
ia menjadi sebab Sarah berasa cemburu sehingga dia memaksa Ibrahim
untuk membawa Hajar berserta Ismail yang masih
Nabi Ibrahim menempatkan anak dan isterinya di sebatang pokok besar di
atas telaga zamzam di bahagian tertinggi bukit tersebut. Ketika itu Mekah
tidak diduduki oleh seorang pun dan tidak ada air sedikit pun. Ibrahim
membekalkan mereka dengan sekarung kecil kurma kering dan kantungan daripada
kulit yang berisi air. Setelah itu Nabi Ibrahim pulang ke Palestin. Baru
beberapa hari ibu dan anak itu ditinggalkan, bekalan kurma dan air telah
habis. Atas kurnia Allah, maka terpancarlah mata air Zamzam di sana. Air itu
memberi tenaga bagi mereka berdua untuk meneruskan hidup dan air itu masih
terus memancar sehingga sekarang serta tidak pernah kering. Cerita yang
lengkap dan panjang daripada kisah ini telah terkenal.[4]
Selepas itu, suatu kabilah dari Yaman - iaitu Jurhum Kedua -, mendatangi
Mekah dan menjadi penduduk di sana atas izin daripada ibunda Ismail. Ada
maklumat yang menyebutkan bahawa sebelum itu mereka telah mendiami
lembah-lembah yang ada di pinggiran Mekah. Riwayat Imam al-Bukhari menegaskan
bahawa mereka masuk ke Mekah setelah Ismail dan ibunya ada di sana, tepatnya
sebelum Ismail menjadi pemuda. Sebelum itu juga, mereka sering melalui lembah
Mekah tersebut.[5]
Secara berkala, Nabi Ibrahim beberapa kali menempuh perjalanan ke Mekah
untuk menjenguk Hajar dan Ismail. Tidak diketahui secara pasti berapa kali
perjalanan itu dilakukan. Pelbagai rujukan sejarah yang sahih telah
merakamkan empat perjalanan yang muktamad.
1- Allah
Taala menyebutkan dalam al-Quran bahawa dalam sebuah mimpi yang dialami oleh
Nabi Ibrahim, Dia memperlihatkan kepada Ibrahim bahawasanya baginda sedang
menyembelih Ismail. Nabi Ibrahim dengan ikhlas melaksanakan perintah
tersebut. “Sewaktu kedua-duanya berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya
dengan pelipis menyentuh tanah [nyatalah kesabaran mereka]. Kami pun menyeru
kepadanya, ‘Hai Ibrahim, engkau telah membenarkan mimpi itu. Sesungguhnya
dengan cara seperti itu Kami akan memberi balasan bagi orang yang melakukan
kebaikan. Sungguh ini benar-benar ujian yang menerangkan dengan jelas
[tentang keikhlasan dan kesabaranmu].’ Lantas Kami tebus anak itu dengan
seekor haiwan sembelihan yang besar.” (As-Saffat: 103-107)
Dalam Bab Kejadian (Kitab Bible),
disebutkan bahawa Nabi Ismail lebih tua 13 tahun berbanding dengan Nabi
Ishak. Kisah di atas menyatakan bahawa peristiwa itu terjadi sebelum lahirnya
Nabi Ishak kerana khabar gembira tentang Nabi Ishak disebutkan setelah
dipaparkannya kisah di atas secara lengkap.
Kisah di atas, paling tidak mengandungi satu perjalanan sebelum Ismail
menjadi pemuda. Namun, tiga perjalanan yang lain telah dinyatakan oleh Imam
al-Bukhari dengan cukup panjang melalui riwayat Ibnu Abbas secara marfuk.[6]
Ringkasnya adalah,
2- Tatkala
Nabi Ismail mulai membesar dan belajar bahasa Arab daripada kabilah Jurhum,
mereka gembira dan takjub dengan kepandaiannya, sehingga mereka menikahkannya
dengan seorang wanita daripada kabilah mereka. Kemudian ibunya Hajar
meninggal dunia. Setelah pernikahan itu Nabi Ibrahim pun datang menjenguk
anaknya tetapi Ismail tidak ada di rumah. Maka, Nabi Ibrahim bertanya kepada
isteri Nabi Ismail tentang khabar anaknya dan bagaimana keadaan hidup mereka
berdua. Isteri Nabi Ismail mengeluh mengenai kesempitan hidup yang mereka
jalani. Mendengar itu, Nabi Ibrahim berpesan kepada menantunya untuk
memberitahu kepada Nabi Ismail agar menggantikan daun pintu rumahnya. Nabi
Ismail faham apa yang dimaksudkan oleh ayahnya. Maka, dia menceraikan
isterinya itu. Kemudian dia menikahi seorang wanita lain ( Dia ialah anak
kepada Mudhodh bin `Amru, tokoh dan pembesar kabilah Jurhum menurut pendapat
yang paling banyak.
3- Setelah
pernikahan Nabi Ismail yang kedua, Nabi Ibrahim datang lagi dan kali ini Nabi
Ismail juga tidak ada di rumah. Nabi Ibrahim pun kembali ke Palestin setelah
bertanya kepada isteri Nabi Ismail tentang khabar anaknya dan bagaimana
keadaan hidup mereka berdua. Jawapan yang terucap daripada bibir isteri Nabi
Ismail adalah pujian kepada Allah. Maka Nabi Ibrahim pun menitip pesanan
untuk Nabi Ismail agar dia mengukuhkan daun pintunya.
4- Setelah
itu Nabi Ibrahim datang lagi setelah beberapa lama. Untungnya, kali ini dia
dapat menjumpai Nabi Ismail yang sedang meraut anak panahnya di bawah pohon
besar berhampiran mata air Zamzam. Melihat ayahnya, Nabi Ismail terus berdiri
menghampiri Nabi Ibrahim lalu mereka melakukan sepertimana layaknya seorang
bapa kepada anaknya dan anak kepada bapanya.
Inilah pertemuan mereka setelah lama berpisah untuk waktu yang lama.
Dalam tempoh masa perpisahan itu, sebagai seorang ayah yang lembut dan
penyayang, sukar rasanya bagi Nabi Ibrahim menahan kerinduan untuk bersua
dengan anaknya. Seperti itu juga yang dirasakan oleh Nabi Ismail selaku anak
yang patuh dan soleh, rasa rindu untuk bertemu ayahnya telah lama bergejolak.
Pada pertemuan ini, mereka berdua bekerjasama mendirikan Kaabah dan
meninggikan tiang-tiangnya. Nabi Ibrahim juga mengizinkan manusia menunaikan
haji ke Baitullah tersebut seperti yang Allah perintahkan kepadanya.[8]
Daripada
Daripada mereka ini seterusnya berkembang 12 kabilah yang semuanya
menetap di Mekah untuk waktu yang lama. Sebahagian besar mereka bekerja
sebagai pedagang dengan wilayah perdagangan yang membentang dari Negeri Yaman
sampai ke Negeri Syam dan Mesir. Akhirnya, kabilah-kabilah ini tersebar ke
seluruh pelusuk Semenanjung Arab, bahkan sampai ke luar Arab. Kewujudan
kabilah-kabilah ini tidak dapat dikesan dan lenyap ditelan masa kecuali anak
keturunan Nabeet dan Qaidar.
Peradaban Nabataean (الأنباط) -anak-anak keturunan Nabeet- berkembang
pesat di sebelah utara Hijaz. Mereka mampu membentuk suatu pemerintahan yang
kuat ibu negaranya ialah Petra – sebuah bandar kuno
yang terkenal di selatan Jordan yang dipatuhi oleh semua orang yang
ada di wilayah itu.
Sekumpulan pengkaji daripada kalangan ahli ilmu
keturunan telah cenderung menyatakan
Anak-anak keturunan Qaidar bin Ismail menetap di Mekah. Mereka
beranak-pinak di sana sehingga mendapat anak lelaki bernama Adnan yang
mempunyai anak bernama Ma`ad. Daripada Adnan inilah garis keturunan suku
bangsa Arab al-`Adnaniyah bermula dan tetap terjaga untuk masa-masa
seterusya. Adnan, dalam salasilah nasab Nabi Muhammad s.a.w. adalah nenek
moyang baginda yang ke 21
Diriwayatkan bahawa apabila baginda menyebutkan nasab dirinya, baginda
berhenti tatkala sampai pada nama Adnan dan tidak meneruskannya lagi. Di situ
baginda berkata,
“Para ahli nasab banyak yang menyampaikan maklumat palsu (untuk salasilah-salasilah
selepas Adnan).”
Oleh itu, janganlah kamu melepasinya.[11]
Walaupun demikian, sekumpulan ulama berpendapat bahawa boleh meneruskan nasab
Nabi sampai ke tahap seterusnya selepas Adnan kerana
beranggapan hadis yang melarangnya adalah bersifat dhoif. Tetapi mereka
berbeza pendapat pada bilangannya, ia adalah perbezaan pendapat yang tidak
mungkin disatukan. Pengkaji agung al-`Allamah al-Qadhi Muhammad Sulaiman
al-Mansurfuri telah cenderung kepada pendapat Ibnu Sa`ad – ia telah
disebutkan oleh at-Tabary, al-Mas`udy dan lain-lain dalam beberapa pendapat –
bahawa
Anak Adnan, Maad, mempunyai anak lelaki bernama Nazar. Dikatakan bahawa
Maad tidak mempunyai anak lagi selain Nazar. Sementara Nazar memiliki empat
anak yang daripada mereka inilah berkembang empat kabilah besar daripada suku
bangsa Adnan iaitu Iyad, Anmar, Rabiah dan Mudhar. Dua suku yang terakhir
disebutkan merupakan kabilah yang mempunyai banyak suku dan tersebar di
beberapa tempat.
Daripada Rabiah tumbuh suku Dhubai`ah dan Asad
Kabilah Mudhar pula berpecah menjadi dua suku besar iaitu Qais `Ailan bin
Mudhar dan Ilyas bin Mudhar. Daripada Qais `Ailan, tumbuhlah suku-suku Bani
Sulaim, Bani Hawazin, Bani Saqif, Bani Sa`sa`ah, dan
Bani Ghathafan. Daripada Ghathafan berkembanglah suku-suku lebih kecil lagi
iaitu `Abs, Zibyan, Asyja` dan
Sementara daripada Ilyas bin Mudhar muncullah suku Tamim bin Murrah,
Huzail bin Mudrikah, Bani Asad bin Khuzaimah serta anak-anak keturunan
Kinanah bin Khuzaimah. Daripada Kinanah inilah berkembangnya suku bangsa
Quraisy yang mana mereka adalah anak-anak keturunan Fihr bin Malik bin Nadhar
bin Kinanah.
Setelah tampil menjadi suku bangsa, Quraisy bercabang menjadi beberapa
kabilah. Antara yang terkenal ialah Jumah, Sahm, `Ady, Makhzum, Taimi, Zuhrah
serta suku-suku keturunan Qusay bin Kilab iaitu Abdud Dar bin Qusay, Asad bin
Abdul
|
·
Pembuangan
nota kaki,
·
penambahan ayat dan fakta,
·
rujukan
bagi sahih al-Bukhari ditukar kaedah. Digunakan kaedah nombor berbanding muka
surat.
·
Perubahan
struktur daripada bentuk karangan kepada bentuk point.
·
Penambahan
nota kaki
|
||
Nabi Muhammad Berasal daripada Arab Musta’ribah
Abdul Manaf mempunyai empat orang anak iaitu
Abdusy Syams, Naufal, al-Muthalib dan Hasyim. Anak-anak keturunan Hasyim
inilah yang dipilih oleh Allah menjadi garis nasab Rasulullah s.a.w. iaitu
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim.
Baginda bersabda, “Daripada Ibrahim Allah
memilih Ismail, lalu daripada Ismail Allah memilih Kinanah. Daripada
anak-anak keturunan Kinanah Allah memilih Quraisy, kemudian daripada Quraisy
Allah memilih Bani Hasyim. Akhirnya, Allah memilihku daripada kalangan Bani
Hasyim.”[14]
Al-`Abbas bin Abdul Muthalib juga
meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah telah
menciptakan makhluk-makhluk lalu Dia menjadikanku sebagai makhluk yang
terbaik (iaitu sebagai bangsa manusia), juga sebagai manusia terbaik antara
dua bangsa manusia (Arab dan Ajam). Kemudian Allah mengurniakan keunggulan
pada beberapa kabilah dan aku dijadikan sebagai sebahagian daripada kabilah
yang paling baik (iaitu Quraisy). Allah juga memberi keunggulan pada beberapa
buah keluarga dan aku dijadikan-Nya sebagai sebahagian daripada keluarga yang
paling unggul di muka bumi. Maka secara keperibadian diri mahupun berdasarkan
latar belakang keluarga, akulah manusia terbaik di muka bumi.”[15]
Di dalam lafaz yang lain daripada
al-`Abbas: Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk lalu Dia menjadikan aku
daripada kalangan kumpulan yang terbaik. Kemudian Dia ciptakan dua kumpulan
lalu aku dijadikan berada pada kumpulan yang terbaik. Kemudian dia menjadikan
daripada mereka beberapa kabilah lalu dijadikan aku berada di dalam kabilah
yang terbaik. Kemudian dijadikan beberapa rumah kepada mereka dan aku
dijadikan untuk berada di rumah yang terbaik dan menjadi manusia yang terbaik
dalam kalangan mereka.[16]
Tatkala keturunan Adnan telah beranak-pinak
menjadi banyak dan jumlah mereka terus bertambah, mereka memutuskan untuk
berpisah-pisah ke seluruh Negeri Arab asalkan ada sumber air dan
tanam-tanaman.
Abdul Qais, anak-anak keturunan Bakar bin
Wail serta anak-anak keturunan Tamim berpindah ke Bahrain lalu menetap di
sana. Sementara itu, anak-anak keturunan Hanifah bin
Semua anak-anak keturunan Bakar bin Wail
menetap di sepanjang tanah yang membentang dari Yamamah hingga Bahrain.
Bahkan, hingga ke Saif Kazimah hingga ke pinggir pantai. Itu bererti mencakupi
hampir seluruh Iraq, Ablah dan Heyat.
Taghlib memilih untuk menetap di Semenanjung
Furat, lalu ada antara anak-anak keturunannya yang kemudiannya bergabung
dengan keturunan Bakar. Pada perkembangan seterusnya, anak-anak keturunan
Tamim menetap di pelusuk Basrah.
Bani Sulaim memilih untuk menetap dekat
Madinah, iaitu dari lembah Qura hingga Khaibar. Bahkan, terus berterusan
hingga ke timur Madinah dan sempat mencapai sempadan “dua gunung” lalu
berhenti di Hurrah.
Bani Asad memilih untuk menetap di timur
Taima’ dan barat Kufah. Di antara tempat yang mereka diami dengan Taima’
masih ada perkampungan Buhtur, tempat tinggal kaum Taiyyi’. Sedangkan di
antara tempat yang mereka diami dengan Kufah boleh ditempuh dalam waktu
perjalanan lima hari.
Dzibyan tinggal berdekatan Taima’ hingga ke
Hauran. Anak-anak keturunan Kinanah tetap tinggal di Tihamah, bahkan
anak-anak keturunan Quraisy mendiami jantung kota Mekah dan sekitarnya.
Mereka hidup dengan mementingkan diri sendiri dan tidak disatukan oleh suatu
ikatan apa pun hinggalah muncul Qusay bin Kilab sebagai tokoh yang paling
menonjol antara mereka yang kemudian menyatukan mereka. Dia berjasa membentuk
keutuhan persaudaraan mereka sehingga mereka menjadi kaum yang terhormat dan
terselamat daripada lembah kehinaan.[17]
|
[1] Penjelasan
terperinci mengenai suku dan kabilah ini dapat dilihat dalam Nasab Ma`ad wal
Yaman al-Kabir, Jumharun Nasab, al-`Aqdul Farid, Qalaidul Juman, Nihayatul
Arbi, Tarikh Ibnu Khaldun, Sabaikuz Zahab, serta buku-buku yang menyebutkan
tentang keturunan yang lain. Jugapelbagai buku tentang sejarah bangsa Arab
sebelum kedatangan Islam. Berbagai-bagai
sumber sejarah memperlihatkan perbezaan yang ketara dalam menetapkan sebab dan
masa terjadinya perpindahan-perpindahan tersebut. Setelah mengamati dengan
cermat semua itu daripada pelbagai perspektif, saya menyimpulkan bahawa
maklumat yang benar menurut saya adalah sebagaimana yang tertulis dalam buku
ini kerana terdapat landasan dalil yang kuat. WallahuA`lam bisawab.
[2] Secara popularnya telah
dikenali bahawa si zalim itu ialah salah seorang firaun (raja tertinggi)
daripada firaun-firaun di Mesir. Manakalan Hajar pula adalah hamba yang
dimiliki oleh firaun berkenaan. Yang selama ini diketahui, Hajar adalah
seorang hamba perempuan. Namun begitu, hasil penelitian penulis ternama
al-‘Allamah al-Qadhy Muhammad Sulaiman al-Mansurfuri rahimahullah menyatakan
bahawa Hajar adalah wanita merdeka, bahkan anak perempuan firaun. Perkara itu disandarkan kepada apa yang dapat diambil
daripada para muhaqqiq daripada kalangan Ahli Kitab di dalam ulasan-ulasan
terhadap suhuf mereka. Lihat Rahmah li al-‘Alamin karya Muhammad
Sulaiman Salman al-Mansyurfuri, jil II, hlm.
34,36-37. Ibnu Khaldun
berkata dalam keadaan dia menceritakan tentang perbualan antara Amru bin al-`As
radhiyallahuanhu dan rakyat Mesir. Rakyat Mesir berkata kepadanya: Sesungguhnya
Hajar adalah seorang isteri kepada salah seorang raja daripada raja-raja kami.
Telah berlaku peperangan diantara kami dan rakyat `Ain Syams sehingga mereka
mendapat sebahagian kerajaan. Mereka membunuh raja kemudian menjadikan Hajar
sebagai hamba. Daripada sinilah ia pergi kepada bapa kamu Ibrahim. (Rujuk
Tarikh Ibnu Khaldun: 2/1/77)
[3] Muhammad Sulaiman Salman al-Mansyurfuri, Rahmah li
al-‘Alamin, jil II,
hlm. 34. Untuk
kisah yang lebih terperinci, sila lihat dalam Sahih al-Bukhari, jil I, hlm. 474. 2217, 2635, 3357, 5084, 6950.
[7] Fuad Hamzah, Qalb Jazirah al-‘Arab, hlm. 230.
[8] Lihat: Sahih al-Bukhari: Kitab al-Anbiya’ (3364 dan 3365)
[9] Fuad Hamzah, Qalb Jazirah al-‘Arab, hlm. 230.
[11] Lihat Khulashah al-Siyar karya al-Thabary, jil
II, hlm. 191-194 dan al-A‘lam karya Khairuddin al-Zarkaly, jil V, hlm.
6. Lihat Tarikh at-Tobary: 2/ 272-276
[12] Muhammad Sulaiman Salman al-Mansyurfuri, Rahmah li
al-‘Alamin, jil II, hlm. 7-18.
[13] Muhammad al-Khudhari, Muhadharat Tarikh al-Umam
al-Islamiyah, jil I, hlm. 14-15.
[14]Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Wasilah bin
al-Asqa‘, bab keutamaan nasab Nabi Muhammad, jil II, hlm. 245; juga Imam
at-Tirmizi, jil II, hlm. 201. 4/1782, at-Tirmizi: Kitab
al-Manaqib, Bab: Kelebihan Nabi SAW 5/544 (3605) dengan maknanya (3606).
[15]Diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi, bab keutamaan Nabi
Muhammad, jil II, hlm. 201.
[16] Rujukan sebelum ini juga: 5/545 (3607, 3608)
[17] Muhammad al-Khudhari, Muhadharat Tarikh al-Umam
al-Islamiyah, jil I, hlm. 15-16. Rujuk untuk
maklumat lanjut: Jamharah Nasab, Nasab Ma`ad dan al-Yaman al-Kabir, Ansabul
Quraisyiyin, Nihayatul Arbi, Qalaidul Juman, Sabaikuz Zahab dan sebagainya.