ads 728x90 B

NASAB DAN KELUARGA NABI MUHAMMAD (Sebahagian)

NASAB DAN KELUARGA NABI MUHAMMAD
Nasab Nabi Muhammad        
Nasab Nabi Muhammad terbahagi menjadi tiga bahagian:
  1. Bahagian yang disepakati kesahihannya oleh para pakar sejarah dan ahli nasab, iaitu daripada baginda hingga ke Adnan.
  2. Bahagian yang banyak diperselisihkan sehingga sebahagiannya had al-Jama` dan al-I’tilaf. Ia adalah bahagian yang bermula daripada Adnan sehingga berakhir kepada Ibrahim AS. Sebahagian kumpulan mengambil pendapat tawaqquf, lalu mereka berkata: Tidak boleh menyebutkannya. Manakala sebahagian yang lain pula mengharuskannya dan menyebutkannya. Kumpulan yang mengharuskan pula berbeza pendapat pada bilangan datuk dan nama-nama mereka sehingga perselisihan itu sangat ketara dan banyaknya pendapat sampai 30 pendapat. Namun, kesemua mereka bersepakat bahawa Adanan benar-benar zanak kepada Ismail.   oleh mereka yang mengambil sikap tawaqquf (diam) mahupun yang mengambil sikap qaul (bercakap), iaitu tingkatan-tingkatan selepas Adnan hingga Nabi Ibrahim.
  3. Bahagian yang ketiga bermula daripada Ibrahim dan berakhir pada Nabi Adam AS. Telah jelas bahawa pendapat berkenaan bergantung kepada pandangan Ahli Kitab. Di sisi mereka ada sebahagian penjelasan umur dan beberapa perkara lain yang tiada syak lagi ia palsu. Sekalipun begitu, kita memadai kita mengambil yang mana baki daripada baki-baki (kebaikan). tidak diragui mengandungi maklumat yang tidak benar, iaitu daripada Ibrahim hingga ke Adam. Sebelum ini, telah saya ceritakan sedikit masalah ini. Maka sekarang saya paparkan secara terperinci bahagian-bahagian tersebut.
Bahagian 1.
Muhammad – bin Abdullah – bin Abdul Muthalib (namanya Syaibah) – bin Hasyim (namanya Amru) – bin Abd Manaf (namanya Mughirah) – bin Qushay (namanya Zaid) – bin Kilab – bin Murrah – bin Kaab – bin Luay – bin Ghalib – bin Fihr (digelar dengan sebutan Quraisy dan ini jualah sandaran kepada kabilanya) – bin Malik – bin Nadhr (namanya Qais) – bin Kinanah – bin Khuzaimah – bin Mudrikah (namanya Amir) – bin Ilyas – bin Mudhar – bin Nizar – bin Ma`ad – bin Adnan.[1]
Bahagian 2.
Ia adalah tingkatan-tingkatan selepas Adnan (hingga Ibrahim), iaitu: Adnan – bin Ad – bin Humaisa’ – bin Salaman – bin Aush – bin Bauz – bin Qumwal – bin Ubay – bin Awwam – bin Naasyid – bin Juza – bin Baldes – bin Yudlaf – bin Thabikh – bin Jahim – bin Nahisy – bin Makhy – bin Aidh – bin `Abqar – bin Ubaid – bin Da`a – bin Hamdan – bin Sanbar – bin Yutsrabi – bin Yahzan – bin Yalhan – bin Ur’awy – bin Aidh – bin Daisyan – bin `Aishar – bin Afnad – bin Aiham – bin Maqsur Musurah har – bin Nahits – bin Zaarah – bin Sammy – bin Mazzy – bin `Audhah – bin `Aram – bin Qaidar – bin Ismail – bin Ibrahim.[2]
Bahagian 3.
Tingkatan-tingkatan di atas Ibrahim, iaitu: Ibrahim – bin Tarah (Azar) – bin Nahur – bin Saru’ (Sarugh) – bin Ra’u – bin Falikh – bin Abir – bin Syalikh – bin Arfakhsyad – bin Sam – bin Nuh – bin Lamik – bin Matusyalakh – bin Akhnukh (ada yang mengatakan namanya Idris) – bin Yard – bin Mahla’il Mahalail – bin Qainan – bin Anusyah – bin Syaits – bin Adam.[3]






[1] Ibn Hisyam, al-Sirah al-Nabawiah, jil I, hlm. 1-2; Ibn Jauzy, Talqih Fuhum Ahl al-Atsar, hlm. 5-6 dan Muhammad Sulaiman Salman al-Mansyurfuri, Rahmah li al-‘Alamin, jil II, hlm. 11-14 dan 52.
[2] Syaikh Muhammad Sulaiman al-Mansyurfuri menghimpunkan bahagian ini daripada garis nasab yang diriwayatkan oleh al-Kalby dan Ibn Saad setelah melakukan penelitian mendalam. Lihat Rahmah li al-‘Alamin, jil II, hlm. 14-17. Dalam hal ini terdapat perbezaan yang ketara antara pelbagai rujukan sejarah.
[3] Ibn Hisyam, al-Sirah al-Nabawiah, jil I, hlm. 2-4; Ibn Jauzy, Talqih Fuhum Ahl al-Atsar, hlm. 6; al-Thabary, Khulasah al-Siyar, hlm. 6; dan al-Mansyurfuri, Rahmah li al-‘Alamin, jil II, hlm. 18. Beberapa nama disebutkan dengan lafaz berbeza dalam rujukan-rujukan ini. Bahkan, ada rujukan yang tidak mencantumkan sebahagian nama.

Isi Kandungan Kajian