ads 728x90 B

Tambahan Isu Terhentinya Wahyu di Dalam ar-Rahiq al-Makhtum

Tambahan ini dibuat oleh Syeikh Sofiyurrahman di dalam cetakkan Dar al-Wafa', cetakkan 2010. Bab Diwabawah Lembayun Kenabian, isu Wahyu Terhenti.

Teks tambahan

Telah jelas kepadaku sesuatu yang ganjil setelah melakukan penilitian di dalam pelbagai riwayat serta pendapat ahli akademik. Aku tidak dapati mereka menyelisihi dapatan berkenaan.

► Pelbagai riwayat dan pendapat tersebut memberi jawapan bahawa Rasulullah SAW berada di Gua al-Hira’ selama 1 bulan sahaja. Iaitu pada bulan Ramadhan setiap tahun. Iaitu sepanjang 3 tahun sebelum menerima wahyu (kenabian).

► Tahun baginda dilantik menjadi nabi adalah tahun akhir bagi 3 tahun berkenaan.

► Baginda berada di Hira’ sepanjang bulan Ramadhan.

► Baginda keluar dari Hira’ pada waktu pagi – iaitu hari pertama bagi bulan Syawal – lalu pulang ke rumah.

Telah diriwayatkan nas daripada Sahihain bahawa wahyu yang turun kepada Rasulullah SAW setelah berhentinya. Wahyu diturunkan ketika nabi pulang ke rumah baginda setelah tinggal di gua hira’ sepenuh bulan Ramadhan.

Aku berpendapat: Ini menghasilkan dapatan bahawa wahyu berkenaan diturunkan kepada Rasulullah SAW adalah selepas terhentinya. Ia diturunkan pada hari pertama bulan Syawal setelah selesainya bulan Ramadhan yang dimuliakan baginda dengan anugerah kenabian dan wahyu. Ia adalah hari terakhir baginda berada di gua Hira’.

Apabila telah sabit bahawa wahyu diturunkan pada hari Isnin, 21 Ramadhan maka tempoh wahyu terhenti hanyalah 10 hari. Wahyu seterusnya baginda terima pada pagi hari Khamis, 1 Syawal tahun pertama kenabian. Berkemungkinan inilah rahsia pada pengkhususan 10 hari akhir bulan Ramadhan dengan mendiami serta beriktikaf. Demikian juga ia menjadi hari dikhususkan bulan Syawal dengan hari Raya. WallahuA`lam. 

Isi Kandungan Kajian