ads 728x90 B

Bab 1: Apa yang Kita Belajar daripada Sirah?

Di dalam pengajian Sirah, kita akan mempelajari tiga perkara berikut:

Keseluruhan kehidupan Nabi Muhammad sejak baginda belum lahir sehingga meninggal dunia.

Nabi Muhammad pernah bersabda:
أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَوَّلُ مَنْ يَنْشَقُّ عَنْهُ الْقَبْرُ، وَأَوَّلُ شَافِعٍ وَأَوَّلُ مُشَفَّعٍ
Aku adalah Sayyid (pemimpin)[1] anak Adam pada hari kiamat. Aku adalah orang pertama yang dikeluarkan daripada kubur, dan yang pertama yang memberikan syafaat, dan orang pertama yang diberi hak memberikan syafaat.
[HR Muslim: 2278, Sahih]

Justeru itu, sejarah manusia manakah yang lebih mulia dan penting untuk dinilai dan dikaji berbanding sejarah pemimpin anak Adam ini?

Kehidupan para sahabat Nabi Muhammad yang sentiasa bertukus lumus memperjuangkan agama bersama baginda ssehingga ke akhir hayat mereka. 

Para sahabat Nabi ialah orang yang sangat penting dalam membantu perjuangan Nabi Muhammad . Mereka inilah yang diiktiraf oleh Allah SWT di dalam ayat 110, surah Ali Imran: 

كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ ... ١١٠
110. Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)...
[Ali Imran: 110]

Bahkan Nabi Muhammad senddiri mengiktiraf mereka di dalam sabda baginda: 

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ
Sebaik-baik manusia adalah di kurunku, kemudian orang yang selepas mereka, kemudian yang selepas mereka.
[HR Al-Bukhari: 2652, Sahih]


Sejarah penyebaran agama Islam yang bermula dengan perintah wahyu “iqra’” di dalam gua Hira’ sehingga sekarang.

Agama ini adalah agama yang terbaik dan sempurna. Ia tidak berhenti sekadar Nabi dan para saahabat baginda. Ia sentiasa berterrusan sehinggalah berlakunya kiamat. Justeru itu,  pendidikan sirah membuka lembaran-lembaran sejarah dalam memahami kehebataan dan kemuliaan agama pilihan Tuhan ini.


[1] Al-Harawi berkata: Perkataan as-Sayyid membawa maksud seseorang yang paling terkedepan dalam satu kaum dalam melakukan kebaikan. Pendapat yang lain pula menyatakan as-Sayyid ialah gelaran bagi seseorang yang sentiasa menjaga kebajikan kaumnya serta sentiasa mempertahankan mereka sehingga membawa mereka kepada darjat kemuliaan yang terhormat.

No comments:

Post a Comment

Isi Kandungan Kajian