ads 728x90 B

Hadis: Kisah Nabi Ibrahim, Sarah dan Raja Mesir Yang Bengis



Setelah Nabi Ibrahim keluar daripada Bumi Uur (أور) beliau singgah di Haran, kemudian ke Palestin. Setelah itu, beliau ke Mesir bersama-sama Sarah. Di situ, beliau bertemu salah seorang firaun (istilah  bagi raja tertinggi di Mesir) yang disebut sebagai seorang yang bengis atau kejam. 

Imam al-Bukhari (2217) merekodkan bahawa Abu Hurairah meriwayatkan:

هَاجَرَ إِبْرَاهِيمُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ بِسَارَةَ، فَدَخَلَ بِهَا قَرْيَةً فِيهَا مَلِكٌ مِنَ المُلُوكِ ، أَوْ جَبَّارٌ مِنَ الجَبَابِرَةِ، فَقِيلَ: دَخَلَ إِبْرَاهِيمُ بِامْرَأَةٍ هِيَ مِنْ أَحْسَنِ النِّسَاءِ، فَأَرْسَلَ إِلَيْهِ: أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ مَنْ هَذِهِ الَّتِي مَعَكَ؟ قَالَ: أُخْتِي،
                “Nabi SAW bersabda: "Nabi Ibrahim AS berhijrah bersama isterinya Sarah lalu memasuki satu kampung yang dipimpin oleh seorang raja atau seorang yang kejam diantara para penguasa kejam. Ada yang berkata; Nabi Ibrahim datang dengan seorang wanita yang sangat cantik. Lalu Nabi Ibrahim dipanggil kemudian ditanya: Wahai Ibrahim, siapakah wanita yang bersamamu itu?" Nabi Ibrahim berkata: "Dia adalah saudara perempuanku".

ثُمَّ رَجَعَ إِلَيْهَا فَقَالَ: لاَ تُكَذِّبِي حَدِيثِي، فَإِنِّي أَخْبَرْتُهُمْ أَنَّكِ أُخْتِي، وَاللَّهِ إِنْ عَلَى الأَرْضِ مُؤْمِنٌ غَيْرِي وَغَيْرُكِ

Lalu Nabi Ibrahim kembali kepada Sarah dan berkata: "Janganlah kamu mendustakan perkataanku karena aku telah memberitahu mereka bahawa kamu adalah saudaraku. Demi Allah sesungguhnya tidak ada orang beriman di tempat ini selain aku dan kamu".

، فَأَرْسَلَ بِهَا إِلَيْهِ فَقَامَ إِلَيْهَا، فَقَامَتْ تَوَضَّأُ وَتُصَلِّي، فَقَالَتْ
Kemudian Sarah dibawa menghadap raja lalu dia berdiri di hadapan sarah. Sarah bangun berwudhu' lalu solat kemudian berdoa:

: اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتُ آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ، وَأَحْصَنْتُ فَرْجِي، إِلَّا عَلَى زَوْجِي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيَّ الكَافِرَ،
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahwa aku beriman kepadaMu dan kepada RasulMu dan aku memelihara kemaluanku kecuali untuk suamiku maka janganlah Engkau satukan aku dengan orang kafir ini".

فَغُطَّ حَتَّى رَكَضَ بِرِجْلِهِ

Maka tiba-tiba raja itu terduduk sehingga kakinya terlipat.

Setelah peristiwa tersebut,raja berkenaan menghadiahkan Hajar iaitu anaknya sendiri kepada Sarah dan Sarah menghadiahkan pula kepada Ibrahim.  

Wallahua`lam.

No comments:

Post a Comment

Isi Kandungan Kajian