Pada zaman Muawiyah bin Abi Sufyan,
beliau begitu berminat pada penulisan sirah Nabi Muhammad SAW. Lalu `Ubaid bin
Syuraiyyah al-Jurahmi daripada Sanaa menulis kitab Al-Muluk wa Akhbarul
Madhiyyin untuk khalifah.
Setelah itu, semakin ramai ulama yang
mencuburi bidang berkenaan secara khusus. Kebanyakkan mereka adalah daripada
kalangan ulama hadis. Antara yang menulis ialah Urwah bin az-Zubair bin
al-Awwam (92H)[1][2]
seorang tokoh Tabiin yang faqih lagi ahli hadis. Beliau menulis dengan rujukan
daripada bapanya az-Zubair dan ibunya Asma’ binti Abu Bakar. Beliau menyebutkan
pelbagai riwayat al-Akhbar dan Hadis yang disandar kepada Nabi SAW.
Ibnu Ishaq, Al-Waqidi, dan at-Tabari
adalah orang yang sangat banyak merujuk penulisan Urwah.
Aban bin Usman bin Affan al-Madani
(105H)[3][4][5]
pula telah menulis lembaran-lembaran yang menceritakan kehidupan Nabi Muhammad ﷺ.
Setelah itu Wahab bin Munabbih (110H)[6]
juga menuruti mereka dengan meletakkan sebagaian daripada kitab tulisan beliau
dengan sirah Nabi.
Kemudian ilmu itu terus berkembang dan
berkembang sehingga ia menjadi popular. Antara mereka ialah Syurahbil bin Saad
(123H)[7],
Ibnu Syihab az-Zuhri (124H),
Asim bin Umar bin Qatadah (120H), Abdullah bin Abu Bakar bin Hazm (135H).
Mereka berempat terkenal dalam periwayatan sirah pada ¼ kurun kedua hijrah.
Pada pertengahan kurun ke dua hijrah
pula, muncul ulama-ulama seperti Musa bin Uqbah (141H), Ma`mar bin Rasyid
(150H), dan Muhammad bin Ishaq (152H).
Pada penghujung kurun kedua hijrah
muncul al-Bakaie (183H), al-Waqidi (207H) dan Muhammad bin Saad (230H).
Kemudian Ibnu Hisyam (218H).
Ibnu Hisyam dan Sirahnya.
[1] Dr. Mustafa al-A`zhomi telah menulis satu buku bertajuk al-Maghazi
yang disandar kepada Urwah bin Zubair melalui periwayatan Abi al-Aswad. Justeru
di dalam asas ini kita mengetahui bahawa penulisan Urwah di dalam sejarah
adalah penulisan yang paling awal di dalam bab sirah Nabi Muhammad ﷺ.
Tetapi, tidak sampai kepada kita satu naskhah khas yang mengumpulkan penulisan
urwah tersebut. Dr Mustafa mengambil asas-asas penulisan tersebut dan
mengumpulkannya berdasarkan rekod daripada kitab-kitab hadis dan sirah.
[2] Urwah bin Az-Zubair bin al-Awwam juga dikenali dengan Ibnu Zubair.
Beliau adalah seorang Tabiin ahli hadis yang dipercayai dan popular.
Hadis-hadis yang beliau riwayatkan direkod di dalam kitab Sittah dan Musnad.
Rujuk Taqrib at-Tahzib 19/2.
[3] Yahya bin Al-Mughirah meriwayatkan daripada bapanya menyebutkan:
Dia tidak menulis sesuatu hadis melainkan maghazi / sirah Nabi ﷺ
yang diambil daripada Aban bin Usman. Beliau adalah orang yang paling banyak
membaca kepada aban dan menyuruh kami mempelajarinya. – Rujuk Ibnu Saad 5/156.
[4] Di dalam beberapa riwayat disebutkan bahawa Aban menulis lembaran
sirah untuk Sulaiman bin Abdul Malik. Kemudian lembaran itu hilang pada
Sulaiman.
[5] Aban ialah seorang yang Siqah dan direkod hadisnya oleh Al-Bukhari
di dalam kitab al-Adabul Mufrad, Muslim di dalam kitab Sahih, dan imam empat.
Rujuk at-Taqrib: 1/31.s
[6] Bleiau adalah seorang yang dipercayai. Direkodkan riwayatnya oleh
Al-Bukhari, Muslim, at-Tirmizi dann an-Nasaie. Rujuk at-Taqrib 2/329.
No comments:
Post a Comment