ads 728x90 B

Isu: Kecemburuan Sarah Terhadap Hajar


Soalan: Disebutkan di dalam kisah bahawa Sarah telah merasa cemburu kepada Hajar selepas kelahiran Ismail. Persoalannya, mengapa Sarah seorang wanita mulia ini mempunyai sifat cemburu? Adakah kesan daripada kecemburuan ini, maka Sarah telah meminta Nabi Ibrahim menghalau Hajar?

Jawapan: Cemburu merupakan perasaan yang tidak lekang daripada jiwa wanita. Ia adalah sesuatu yang tidak mampu dikawal. Ia juga adalah suatu yang wajar.  Justeru itu ia tidak dihukum berdosa melainkan apabila telah melampaui batasan syarak.
Ibnu Muflih Rahimahullah berkata :
Imam At Thobari dan ulama’-ulama’ yang lain berkata : Sikap cemburu merupakan sesuatu yang diberikan toleransi bagi kaum wanita yang tidak ada dosa dan siksa atas mereka karananya.
(Al Adab As Syar’iyyah ” ( 1/248 ))

Perasaan cemburu yang melampaui batas dimaksudkan dengan kecemburuan yang membawa kepada zalim kepada orang lain dan melanggar apa yang diharamkan Allah. Contohnya, seorang isteri yang cemburu kepada isteri yang lain lalu dia mengumpat isteri berkenaan, membuka aib, dan memburuk-burukkannya. Apatah lagi ia lebih melampau apabila meminta suami menceraikan isteri tersebut hanya kerana cemburu.

Al Hafiz Ibnu Hajar al-`Asqolani di dalam Syarah Sahih al-Bukhari, Fathul Bari menyebutkan:
Asalnya kecemburuaan pada wanita itu tidak dinilai tetapi apabila ia telah melampaui batas maka dia layak mendapat cemuhan. Penguat bagi perkara tersebut ialah apa yang terkandung di dalam hadis Jabir bin `Atik al-Ansori secara marfu` kepada Rasulullah SAW:
إِنَّ مِنْ الْغَيْرَةِ مَا يُحِبُّ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ ، وَمِنْهَا مَا يَبْغُضُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ ، فَأَمَّا الْغَيْرَةُ الَّتِي يُحِبُّ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فَالْغَيْرَةُ فِي الرِّيبَةِ ، وَأَمَّا الْغَيْرَةُ الَّتِي يَبْغُضُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فَالْغَيْرَةُ فِي غَيْرِ رِيبَةٍ
Sesungguhnya ada cemburu yang disukai Allah, dan ada juga yang dibenci Allah. Cemburu yang disukai Allah ialah cemburu pada keraguan. Manakala cemburu yang dibenci Allah ialah cemburu yang bukan didaskan kepada keraguan. (HR Abu Daud: 2659, Sahih)
Kecemburuan yang datang daripada suami dan isteri sekiranya daripada nilai kemanusiaan yang tidak ada seorangpun wanita yang mampu melepasinya, maka ia diberi keuuzuran (excuse). Selagimana ia tidak melampaui apa yang diharamkan daripada sudut kata-kata dan perbuatan. Atas inilah kecemburuan yang muncul pada generasi wanita salafus soleh.”
(Rujuk Fathul Bari: ( 9/326 ))
Apa yang terjadi antara Sarah dan Hajar adalah termasuk daripada isu tersebut. Sarah meminta untuk dijauhkan daripada madunya atas cemburu yang masih lagi dibenarkan oleh agama. Namun sebahagian ahli ilmu menyatakan bahawa Ibrahim membawa Hajar dan Ismail keluar daripada bumi Palestin bukan disebabkan permintaan Sarah.

Al Hafiz Ibnu Hajar Rahimahullah berkata : ( Sesungguhnya Sarah amat pencemburu sehingga Ibrahim membawa keluar Ismail dan ibunya menuju ke Makkah ) “ Fathul Baari ” ( 6/401 ).

Dan sebagai buktinya ialah ucapan Hajar :
يَا إِبْرَاهِيمُ، أَيْنَ تَذْهَبُ وَتَتْرُكُنَا بِهَذَا الوَادِي، الَّذِي لَيْسَ فِيهِ إِنْسٌ وَلاَ شَيْءٌ؟ فَقَالَتْ لَهُ ذَلِكَ مِرَارًا، وَجَعَلَ لاَ يَلْتَفِتُ إِلَيْهَا، فَقَالَتْ لَهُ: آللَّهُ الَّذِي أَمَرَكَ بِهَذَا؟ قَالَ نَعَمْ، قَالَتْ: إِذَنْ لاَ يُضَيِّعُنَا
Wahai Ibrahim kemana engkau akan pergi dan meninggalkan kami di lembah ini yang tidak ada seorang manusia dan sesuatu apapun di sini? Dan dia mengatakan yang demikian itu berkali-kali tetapi Ibrahim tidak menoleh sedikitpun padanya, lalu Hajar bertanya kepada Ibrahim : Apakah Allah yang memerintahkanmu akan hal ini ? Ibrahim menjawab: Ya. Hajar berkata : kalau begitu Dia tidak akan menyia-nyiakan kami.
(Hadits riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari: 3364 ). 
Dari Ibnu Abbas Radliyallahu Anhuma dia berkata :
لَمَّا كَانَ بَيْنَ إِبْرَاهِيمَ وَبَيْنَ أَهْلِهِ مَا كَانَ، خَرَجَ بِإِسْمَاعِيلَ وَأُمِّ إِسْمَاعِيلَ، وَمَعَهُمْ شَنَّةٌ فِيهَا مَاءٌ،
Ketika terjadi suatu masalah antara Ibrahim dan keluarganya ; Ibrahim membawa Ismail dan Ibunya keluar dari rumah dan beserta mereka griba ( wadah air yang terbuat dari kulit ) yang di dalamnya terdapat air... Hadits riwayat Bukhari (3185 ).
Al Hafidz berkata : Yang dimaksud dengan keluarga pada hadis di atas  adalah : “Sarah”, dan yang dimaksud dengan sesuatu masalah adalah : kecemburuan Sarah terhadap Hajar.  
Wallahu A’lam.
________________________
SYIHABUDIN AHMAD,
BA (Syariah), Universti al-Azhar, Mesir

No comments:

Post a Comment

Isi Kandungan Kajian